As-Salam- Taalu Hena

Photobucket

Thursday, December 16, 2010

Puisi Sahabat UTP

Ku merenung ke luar jendela
Memerhati langit nan biru
Luasnya tiada sempadan, tidak berpancang
Kicau sang burung memecah kesunyian
Riangnya menongkah awanan putih
Gerimis petang berderai
Semilir menyapa, lembut mengusap jiwa
nikmat yang nyata
Tenang sekali hatiku melihat keindahan alam ciptaan tuhan

Mataku bergenang
Mengenang saat indah itu
Hatiku berbunga
membayangkan wajah insan yang amat ku sayangi
yang dulunya sering berada di sampingku
Tersemat kukuh di hati
Tak lekang dek jarak yang memisahkan
Tak pudar dek masa yang berlalu

Manik manik halus berderai
Ingin sekali kunyatakan apa di hati
Cintaku pada mereka
Sayangku pada mereka
tak terungkap oleh kata-kata
ingin ku ulang masa itu jika ku berdaya
namun ku insan yang tak punya apa
ketentuan tuhan ku terima seadanya

kini mereka sudah tiada
disisiku tatkala ku perlukan mereka
rinduku ingin bersua insan insan ini
melihat wajah wajah tenang mereka
senyuman indah terlakar
ikhlas terpancar dari renung mata

wahai sahabat
ingatkah dikau saat saat bermakna itu
Bumi SMKATJ menyaksikan segala
kita ke kantin , koperasi bersama
pabila waktu rehat bermula
melihat gelagat kakak2 kantin melayan karenah kita semua
wahai teman
ingatkah dikau saat kita berjalan beriringan
ke makmal bio, fizik dan kimia
meneruskan perjuangan
impian menggunung, ingin berjaya
dipandu guru yang kupuja

terkadang aku lelah
mengejar impian yang ku damba
namun bila bersama dikau sahabat
semangatku kembali menebal
keringat ku kerah
mendengar cerita cerita dikau
lenaku dalam nyata
menghapus duka

Tiap ketika kita mendengar ustaz ustazah berbicara
Ketika di bangku sekolah tercinta
Sekolah Mengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
Berhikmah, meresap ke dalam jiwa
Betapa ku rindukan suara suara itu
Melontarkan kata kata nasihat, ajaran yang terlalu bernilai

Ya Allah, ku rindukan bahasa syurga itu
Mendengar ustazah berbicara, tersusun indah
Di atas kerusi kayu 5Al-Ikhlas
Asyik mendengar ustazah menerangkan keindahannya
Sungguh, ia istimewa

wahai sahabat
ku rindukan suasana dini itu
ku rindukan saat kita berkumpul bersama
di Dataran Fikrah
mengalunkan nama nama yang Maha Esa
selawat ke atas junjungan mulia
di pagi bening, bergema bumi wakaf itu
kita bersama sama membuka lembaran murni
membaca ayat ayat suci, menutur kalimah Yang Kabir
tenang sekali jiwaku mendengar alunan wahyu

wahai sahabat tercinta
jiwaku bergelora
mengenang saat kita berhimpun di Dewan Abbas
mendengar ceramah ceramah bermakna
aku terjaga dari lamunan
mendengar dikau bermadah pujangga
dikau terleka daku sedarkan
kita bergelak ketawa, riang, gembira
sungguh indah saat itu
tidak, hatiku menjerit ingin kembali bersamamu sahabat

sahabat
sekarang ,di ketika ini
ku sedar kita tak mungkin lagi mampu berkumpul bersama
seperti zaman yang telah berlalu itu
kini kita semua sudah berjaya
syukur padaYang Maha Esa
memberikan nimat yang tak terhingga
kau di sana
seluruh pelusuk negara kita bertebaran
kau di sana
merantau jauh di perantauan
meniti jejak langkah mereka yang telah berjaya

ingatlah wahai teman
walau dimana dikau berada
ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu
semoga rahmat Yang Rahim merangkulmu
di saat kasihku tidak sampai kepadamu
moga perhatian Yang Basir
sentiasa bersamamu
di saat diriku alpa mengingatimu

sahabatku
ku bangga dengan mu
terus gah meneruskan perjuangan yang tiada sudahnya
menuntut ilmu matlamat yang jitu
niat terlindung hanya demi Yang Satu
moga dapat meninggikan martabat agama tercinta
moga dapat menabur bakti kepada jagat manusia

sahabat,
namun hatiku jua menangis
tak ingin ku pujuk ia
biarkan ia terus merintih, melirih
tatkala mataku ‘melihat’ dikau di alam maya

temanku,
kita di zaman remaja
datang perasaan itu
ku tahu kau mengerti apakah ia
ku tak menafikan kewujudannya
kerna itu lumrah kita manusia
muda remaja
perasaan yang mengundang sengsara
andai tak dikawal dengan iman dan takwa

ku bukan siapa
untuk menuturkan kata kata
namun aku sahabatmu
kasihku padamu terlalu tinggi nilainya
tak ingin ku lihat engkau beralih arah
dari cinta yag Esa

aku sedar
diriku ini amat lemah
aku juga takut
takut kalah dek perasaan itu
namun selagi terdaya
biarlah maruah diri dipertahankan
walau dipandang serong, dituduh sempit fikiran
kerna ku tahu
dan aku yakin kau juga tahu
kita wanita
diciptakan Allah sebagai harta yang teristimewa
di muka bumi yang ramai penghuninya
ingatlah kata kata Rasulullah
harta yang paling mulia adalah wanita solehah
inginku menjadi harta itu
impianku untuk melihat dirimu menjadi harta itu
setinggi harapan yang kusematkan untuk diriku

sahabat yang kusayangi
janganlah kita mudah diperdaya
oleh kata kata si dia
yang mengukir kata kata berbunga
usah kalah dek pujuk rayu yang menggoda
kerana ku tahu
kita semua kuat untuk menahan semua itu

ya, kita perlukan cinta si dia
melengkapi hidup yang beronak liku
melusuri sungai sungai derita bersama
menjadi teman setia tatkla kita rebah
menutur kata kata manis yang indah
melentur jiwa murni yang tulus
menyambut kasih nan mulus
pelindung diri tika dianiaya
penyelamat dari ancaman durjana

temanku
siapakah si dia itu?
Ingatlah sahabat, semua keindahan yang dimiliki
bukanlah untuk tontanan mereka yang bukan mahram kita
bukan lelaki ajnabi yang perlu menikmati kelembutan itu
yang suci, indah, murni
diciptakan oleh illahi

ku mohon dari yang Esa
agar kita diberi ketabahan
jangan sekali gundah andai tak mendapat cinta manusia
kerna cinta yang Esa terlalu indah
terlalu tinggi nilainya dibandingkan dengan cinta si dia
ku pohon kepadaNya
janganlah kita leka mengejar cinta manusia
walau cinta yang Esa masih terpelihara

sahabatku
ku berdoa agar dikukuhkan jati diri kita
tak mudah hanyut dek arus dunia remaja
gejala sosial berleluasa
menyakitkan mata yang memandang
perlakuan hina bangga dipamerkan
membingitkan telinga dengan lolongan hiburan
hilang seri dunia andai diri dikuasa
oleh anasir anasir durjan

wahai sahabat sekalian
ku pohon
bangkitkan diriku andai ku terleka
dalam gelap malam
buta dalam percikan cahaya bulan dan bintang
walau ia sebenarnya gilang gemilang

aku bukan siapa wahai teman
takut apa yang dikata turut aku lakukan
namun aku berusaha sedaya
memohon dari Yang Esa agar dipelihara
dan ku ingin kau turut bersama
ku sayangkan dirimu wahai sahabat
terlalu tinggi cintaku padamu
Ku ingin kau tahu itu

Khatar kheerak buat sahabta yang telah bersusah payah mengutuskan puisi yang cukup berharga ini untuk renungan bersama. Untuk kesedaran diri dari terus terleka dengan dunia ciptaan manusia..Terima kasih kepada sahabat aku yang tidak putus doanya untuk perubahan bersama..

Aku ada sediakan satu video sebagai tanda buah tangan dan tanda pengahargaan buat sahabat ini dan sahabat yang pernah menjalinkan ikatan ukhuwah selama aku mengenali kalian. Semoga kalian sentiasa berada di bawah redha yang Maha Esa. Semoga Allah menggrahmati kalian semua.. Syukran ala kulli hal..Kulli sanah wa entum toyyibin..Insyallah..all da best to all..

Miss u all big times..

Friday, October 8, 2010

Pesanan Buat Hati

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi debu - debu pasir sejak subuh tadi. Bumi anbiyaa' ini direnungnya. Subhanallah hampir tiga miggu dia di sini..siapa sangka impiannya untuk menjadi seorang doktor muslimah hampir menjadi realiti sejak dia diterima menjejakkan kaki di ardul khinanah ini.

Musim sejuk mula mengcengkam segala urat saraf.Walaupun salji tidak pernah turun namun dingin itu tetap terasa mencucuk jalur badan itu. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak sehingga sejauh ini. Masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku histologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.

Sedang tangan ligat menulis introduction of histolog dan characteristic of tissues pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.

"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.

'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'

"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.

"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universiti Al -Azhar. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"

Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."

"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.

"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."

"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?

"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.

Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.

"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah

Pesana buat diriku:
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...

Monday, October 4, 2010

Musafir Di Padang Pasir

Assalamualaikum
Alhamdulillah..ak msih diberi kesempatan utk bernyawa pd kali ni..77 bulan 14 hari dah kaki ak ni dah terpijak kat atas bumi ardul khinanah ni..alhamdulillah bermcm-mcm dugaan, cabaran dan pengalaman sepanjng pengembaraan musafir yg hina ni kat bumi padang pasir ni..

Huh..out of expectation..1 st kaki ak jejak kat bumi Mesir ni..hilng semua angan - angan padang pasir yg luas depan mata..bumi yg ak expect agak2 cantik..amatlah fotogenic sama sekali..bunyi mcm x bersyukur kn..tp alhamdulillah..bila fikir2 blik mgkin ada hikmah yg cukup besar mengapa Allah campakkan ak kat bunyi serba kekurangan ni..Dalam serba kekurangan ak belajar banyak kelebihan...

Frankly said, mmg ak x tau nk cerita apa yg ada kat bumi mesir ni..Mcm -mcm perangai dah ak jumpa..ada yg baik, tersangatlah baik..ada yg kurang tu..nauzubillah..pengalaman ditipu oleh ya ustaa..cukuplah mengajar ak berhati - hati dengan orng arab..tp ada satu tabiat yg cukup ak salute dgn perangai orang arab kat sini..dorang sgt menghormati antara satu sama lain..senang nk cerita time dalam bas..ye lah sekarang ak msih menggunakan bas awam untuk ke kelas..al-maklum rumah sewa masih diislah..memakan waktu yg lama untuk siap dan berpindah..ak cukup terkesima tgk anak-anak muda dorang yg setaraf umur dgn ak..cukup menghormati kaum yg lebih tua dan kaum perempuan yg lemah mcm kami..dorang lebih rela berdiri dan memberikan tmpat dudk dorng kat golongan - golongan daif mcm kami ni..fuhh,,kalau kat Malaysia x de maknanye ak nk tgk environment mcm ni..kalau ada pn mmg gentlemen tahap cipan dh tu kot..

Tapi x semuanya manis..huhu...kadang ak frust jgk dengan dorng ni..cepat sangat panas baran..bnde kecik pn suka sgt diperbesar- beasrkan..nasib baik la ak ni x phm sgt bhsa dorng..pengalaman kena marah,lecture dan mcm lgi dh jdi biasa dah..boleh dikatakan kat sini pn boleh jdi madrasah tuk suami2 yg x suka dilecture oleh isteri dorng,hah try dtg kat Cairo ni..sure lps ni si suami ni akan redha je dgr leteran zaujah dorng..huhu..

Well, dri trus duk mengarut,let's straight to the point..ak sbnrnya nk kongsi serba sedikit pengalaman menyertai jaulah yg telah dianjurkan oleh Persatuan PERUBATAN dua minggu lps..sorry la bru ada masa nk update pasal bnde ni.Semoga pengalaman yg ak dapat ni serba sedikit boleh beri mnfaat kepada visitor blog ni..

Khamis ,23 Sept 2010

Kami mulakan jaulah kami dengan bacaan doa..mohon agar perjalanan kami dirahmati oleh-Nya..bertolak dri Armar(DMAK@Dewan Malaysia Abasiyyah Kaherah@Malaysian Hall) pd pukul 2.00 ptg..perjalanan selama satu jam cukup buat adrenaline ak membuak2 x sabar nk tiba kat destinasi yg dituju..(sorry la ayat agak skema)
Qal'ah Salahuddin Al- Ayubi...
First place yg kitaorng tuju setelah puas meronda University of Cairo.
Speechless...tu je yg ak boleh gambarkan masa first jejakkn kaki kat qal'ah@ kubu ni..sgt2 gah terbentang menara kubu binaan yg diambil dri batu piramid kat Giza tu..Qal'ah ni terletak bersebelahan dengan Bukit Muqattam ,dekat je dengan Medan Sayyeda ' Aisyah. Idea pembinaan kubu nu pn dimabil dri cetusan Sultan Nasir Salahuddin Al -Ayubi pd 1183M..
Selain itu, kubu ni jugak bnyak lap pintu2nya..antaranya
pintu Fath
pintu Nasr
Pintu Khalk
pintu Luq
Dah penat2 jln tu kitaorng pn geraklah ke Masjid Mohammad Ali Pasha..mak oii..lgi la terlopong ak dibuatnya..Ya Allah sgt lah indah dan besarnya kuasa Allah memberi idea kpd khalifahnya tuk membina sebuah masjid yg diperbuat dri marmar dan garnit..subhanallah..cntik sgt2..mcm x nk keluar je dri masjid tu..tp mse jaulah kat dalam tu sekjap je..masjid tu orng x buat solat cuma hiasan semata..diperlihara utk kunjungan je..lps abis briefing pasal msjid ni..kami bergerak keluar..sebelum meninggalkan kawasan kubu n masjid sekitar kubu ni..ak smpat la snap beberapa gmbar yg boleh di kongsi bersama

Masjid Mohammad Ali Pasha..

Panaroma Qal'ah Salahuddin Al- Ayubi

Ukiran pokok kat depan masjid Mohamammad Ali Pasha

Habislah cerita pasal qal'ah ni..lps je hbis ronda2 kat sekitar qal'ah tu..kitaorng pn teruskn lah perjalanan ke Makam Imam Syafi'e..sampai hari ni pn ak msih x percaya lgi yg ak dh jejakkn kaki ak ke makam Imam kita..still x percaya..ak bersyukur sgt berpeluang melawat Makam Imam Syafi'e ni..bkn sng nk smpai kat sni..Makam ni terletak di masjid di Basantin..x jauh la dri qal'ah td..msuk je masjid ni..ak dah mula terketar2..sayu..x sngka boleh jejak kat sini..sebelum ni hnya mimpi je..tp mmg x sngka semua ni dh jdi realiti.dh msuk bab Imam Syafi'e ni..meh ak ceritakn serba sedikat pasal background Imam Syafi'e ni..
Imam Syafi'e ni dilahirkan di Ghazzah(Gaza,Palestin) 150H pd thn Imam Abu Hanifah meninggal dunia.Berketurunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib dan bertemu dengan keturunan baginda di sebelah datuk baginda, Abdul Manaf. Yg sgt2 memberi ak inspirasi bila dtng melawat Makam ni ialah mengenai kisah Imam Syafi'e,seorng yg sgt fakir tetapi beliau x prnh berputus asa cri ilmu..sampaikan beliau trpaksa mengumpul batu-bata,pelepah tamar untuk tulis ilmu yg beliua perolehi..Kedaifan dan semangat juang beliau buat ak makin brsemangat nk truskn perjuangan kat bumi Mesir ni..klu nk bndingkn perjalanan ak dengan imam2 terdhulu..apa la sgt..dari jaulah ni jgk, ada serba sedikit ilmu yg boleh dikongsi..antaranya

Hukum dan Adab Menziarahi Makam
hukumnya:sunat
Sabda Rasulullah s.a.w :
"dahulu ak telah melarangi kamu sekalian daripada menziarahi kuber, maka ziarahilah ia kerana ia akan mengingatkan kamu kepada akhirat"
(riwayat muslim)
Waktu sunat menziarahi kubur: Khamis, Juamaat, Sabtu
Adab2:
1)niat kene ikhlas..tu mmg pnting la
2)eloknya ziarah pd hri jumaat
3)elak dri pijak/ duduk atas kubur
4)datang dri arah depan
5)beri salam kepada si mati
6)baca al- quran
7)berdoa kpd si mati

Imam Syafi'e r.a.h berkata:
"dirimu jika tidak disibukkan dengan kebenaran, ia akan menyibukkanmu dengan kebatilan"

Monday, September 13, 2010

Pesanan badri buat wakri

Pesanan Badri buat Wakri

Tiba-tiba saya terasa terpanggil untuk menulis suatu artikel khas buat adik-adik yang akan ke Mesir tidak lama lagi.Mungkin sebelum daripada ini,telah ramai abang dan kakak lain yang telah memberi pesanan dan nasihat,namun mungkin di sini ada beberapa aspek yang tidak disentuh oleh mereka.

Sebelum terlupa,saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang dipilih oleh ALLAH Azza Wajal kerana dapat menyambung pelajaran di bumi Mesir.Mungkin kita semua mengatakan kita telah dipilih oleh JPA,MARA atau badan penaja lain,tetapi hakikatnya inisemua adalah takdir ketentuan ALLAH dan rezeki-Nya kepada kita dianugerahkan peluang untuk menimba ilmu di sana.Berapa ramai kawan kita yang mungkin cemerlang juga keputusan peperiksaan SPMnya tetapi tidak berpeluang untuk mendapat tajaan seperti ini.Maka,marilah kita memperbanyak kesyukuran kita kepada-Nya.

Baiklah,saya ingin gariskan beberapa peringatan yang dirasakan perlu diketahui oleh adik-adik.Hal ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini di Mesir hampir selama setahun.

1)MENGUBAH PERSEPSI DAN BERSEDIA SEPENUHNYA SECARA FIZIKAL DAN MENTAL

Bila disebutkan Mesir,ramai daripada kita terbayang sebuah negara yang biasa,yang dipenuhi dengan padang pasir,pohon-pohon kurma serta unta.Kita juga membayangkan masyarakat di sana mengamalkan Islam secara sempurna dan kebanyakan wanita mereka memakai jubah serta berpurdah.Sebenarnya jangkaan dan agakan ini tidak tepat untuk menggambarkan negara Mesir lebih-lebih lagi di ibu kota Kaherah.Adik-adik yang akan belajar di universiti-universiti yang terdapat di Kaherah seperti Universiti Kaherah,Universiti Ains Shams dan Universiti Al-Azhar akan mendapati bahawa kota Kaherah ini ialah sebuah ibu kota yang sedang membangun namun tidaklah sepesat seperti Kuala Lumpur.

Di Kaherah,sukar sekali untuk kita menjumpai unta dan pohon-pohon kurma kerana ia dikelilingi oleh bangunan-bangunan batu sahaja.Hanya satu dua sahaja pokok yang besar dapat kita temui.Manakala wanita di sana pula,pada pengamatan saya hanya 40% sahaja yang memakai pakaian mengikut syarak,selebihnya tidak mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh syarak.Bagaimanapun saya ingin memuji golongan lelaki di Mesir kerana kebanyakan mereka berambut pendek dan berkasut.Tidak pernah saya temui golongan-golongan seperti Punk,Skin Head dan sealiran dengannya yang makin bercambah di Malaysia wujud di Mesir.Alhamdulillah,ini mungkin kerana mereka tidak begitu didedahkan dengan unsur sedemikian ataupun budaya masyarakat di sana menolaknya.

Permandangan di bandar Kaherah

Permandangan di bandar Kaherah

Mungkin ada abang atau kakak yang pernah mengatakan bahawa orang Mesir ini sedikit kasar.Ya,memang benar.Saya akui bahawa orang Mesir ini agak kasar berbanding dengan kita orang Malaysia.Pernah guru Mesir yang mengajar bahasa Arab kepada saya di Markaz Lughah Nil,Ustaz Ibrahim Azzam mengatakan orang Malaysia ini umpama malaikat yang berjalan di atas muka bumi kerana kesantunan dan keramahan pelajar Malaysia dalam banyak perkara.

Contoh yang saya boleh berikan untuk menggambarkan orang Mesir ini sedikit kasar ialah mereka dalam banyak hal suka bertengkar,bertikam lidah dan meninggikan suara.Maka tidak hairanlah jika kita dapati pemandu bas yang sedang memandu bas yang sarat dengan penumpang boleh berbalah dengan pemandu kereta di sebelahnya ketika masing-masing sedang bergerak sedangkan jalan raya pada masa itu juga sibuk dan penuh dengan kenderaan-kenderaan lain.

Bagi lelaki,untuk kita naik atau turun daripada bas,jangan kita tunggu sehingga bas itu sepenuhnya kerana kadang-kadang sahaja pemandu bas berbuat demikian.Untuk naik atau turun daripada bas kita perlu melompat sedikit tetapi dengan teknik yang betul.Ada sahabat saya yang pernah terjatuh ketika melompat untuk turun daripada bas.Maka berhati-hatilah dan pelajarilah teknik yang betul daripada abang-abang di sana nanti.Namun,bagi perempuan,alhamdulillah mereka tidak perlu bersusah-payah seperti itu kerana saya dapati kebanyakan pemandu bas kebiasaannya akan memberhentikan bas sepenuhnya jika ada perempuan yang ingin naik atau turun daripada bas.

Walaupun orang Mesir ini terkenal dengan kekasarannya,namun sebenarnya mereka sebenarnya ada satu sifat yang menarik iaitu suka bergurau atau membuat lawak.Umpamanya yang boleh saya sebutkan,jika kita ingin membayar duit untuk barang yang kita beli,sebahagian peniaga Mesir akan mengatakan “kholli” yang bermaksud lebih kurang begini “tak payah bayar,simpan je duit tu.percuma”.Bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah gurauan semata-mata kerana jika kita keluar dari kedai dengan tidak membayar,mereka akan memanggil balik kita meminta wang bayaran.Banyak lagi gurauan-gurauan yang mereka selalu buat.Jika kita mampu bercakap dan memahami bahasa Arab ‘Ammi dengan baik,kita akan tahu bahawa masyarakat Mesir ialah masyarakat yang suka bergurau dan membuat lawak jenaka.

Oleh itu,adik-adik semua perlulah mengubah persepsi mengenai Mesir yang mungkin sebelum ini tidak tepat.Ada sebahagian ustaz yang menceritakan bahawa Mesir adalah negara yang sangat teruk.Bagi saya tidak!Mesir seperti negara-negara lain yang mempunyai kelebihan dan kekurangan.Maka kita sebagai orang yang dikurniakan akal oleh ALLAH seharusnya mencontohi nilai yang baik itu dan meninggalkan apa yang tidak baik.

Kekuatan dari segi fizikal dan mental perlu ditanam kerana iklim dan cuaca di sana jauh berbeza dengan Malaysia.Di sana,dipenuhi dengan debu-debu dan mempunyai musim panas dan sejuk yang agak panjang.

Keadaan di dalam dewan kuliah

Keadaan di dalam dewan kuliah

2)BUKU YANG PERLU DIBAWA

Perkara ini banyak diabaikan oleh ramai orang.Bila tiba di sana,barulah kita rasa menyesal kerana tidak membawa buku yang sepatutnya bersama dahulu.Bagi saya,buku yang mesti dan mesti dibawa ialah segala jenis buku dan nota yang berkaitan dengan bahasa Arab.Bagi mereka beraliran agama di sekolah menengah dahulu,bawalah buku-buku nota berkaitan dengan bahasa Arab.Hal ini kerana semua itu diperlukan untuk kita memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Arab kita di sana.

Sebahagian daripada kita apabila ditanya kenapa memilih Mesir sebagai destinasi pengajian pilihan,mengatakan kerana ingin menuntut ilmu agama di sana di samping ilmu perubatan.Sedarkah kita kunci kepada penguasaan ilmu agama ialah penguasaan kita dalam bahasa Arab kerana kebanyakan kitab agama adalah dalam bahasa Arab dan,al-Quran serta hadis nabi s.a.w. juga dalam bahasa Arab.

Bagi yang belajar bahasa Arab di sekolah menengah,ketahuilah bahawa apa yang diajar di peringkat SPM sebenarnya adalah di peringkat yang agak tinggi kerana mempunyai Balaghah(sastera).Sebab itulah dinamakan Bahasa Arab Tinggi.Sebenarnya jika kita semak senarai subjek yang akan diambil dalam SPM terdapat juga subjek Bahasa Arab Komunikasi tetapi peringkatnya lebih rendah daripada Bahasa Arab Tinggi.Jika di Mesir,anda mengambil ujian peperiksaan bahasa Arab di mana-mana Markaz Lughah,kita akan dapati kebanyakan soalan yang terdapat di dalam ujian daripada peringkat persediaan hingga ke peringkat keempat,ianya telah dipelajari di sekolah dahulu.

Selain daripada itu,bawalah buku dan majalah ilmiah kerana di sana nanti kita hanya akan dihidangkan dengan bahan bacaan berbahasa Arab yang jika kita baca,kita sukar untuk memahaminya 100%.Jadi,buat sementara waktu ini dalam masa kita mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab,setidak-tidaknya kita dapat menambah pengetahuan kita dengan bahan-bahan ilmiah yang dibawa dari Malaysia.

Ruangan yang terdapat di Universiti Kaherah ini kebiasaannya  menjadi tempat berehat pelajar

Ruang rehat dan lepak di Universiti Kaherah

Bagi buku berkaitan perubatan,saya rasa tidak perlu untuk dibeli di Malaysia kerana di Mesir semuanya telah ada.Insya ALLAH pada bulan Disember nanti akan diadakan satu pesta buku besar-besaran(Ma’rad Kutub) di Mesir.Di situ,akan dijualkan pelbagai jenis buku dan bahan-bahan ilmiah sama ada dalam bidang agama mahupun perubatan.Jadi,dapatkan buku-buku perubatan International Edition di situ.

3)PEMILIHAN RAKAN SERUMAH(AHLI BEIT)

Hal ini juga sangat mustahak untuk diambil perhatian.Mungkin kebanyakan daripada kita pada awalnya tidak mengambil kisah sangat siapa rakan serumahnya.Tetapi ketahuilah,hakikat yang berlaku dalam kalangan abang atau kakak di Mesir,sudah banyak kes yang berlaku di mana ada yang berpindah rumah kerana tidak serasi dengan ahli beit bahkan ada yang tidak bertegur sapa dalam jangka masa yang lama.Maka,,hal ini mestilah dipandang serius.Bagi saya,ketepikan cakap-cakap orang dalam memilih ahli beit,kononnya kita assabiah dengan negeri atau sekolah.Apa yang penting,pastikan ahli beit kita itu serasi dan mudah berinteraksi dengan kita.

Bagaimanapun,apa yang lebih penting daripada itu sebenarnya pemilihan ahli beit mestilah berdasarkan pegangan agama yang teguh serta akhlak mulia yang terdapat padanya.Mungkin kita tidak dapat pastikan semua ahli beit mempunyai ciri tersebut,tetapi paling kurang biar ada seorang yang demikian.Hal ini bagi memastikan kita mempunyai sahabat-sahabat yang prihatin dengan kita untuk menegur sekiranya kita telah terleka dan alpa ataupun telah membuat apa-apa kesalahan dan kesilapan.

Ketahuilah,diri kita ini sebenarnya banyak dibentuk oleh sahabat-sahabat rapat dan suasana persekitaran kita.Di sana nanti,sudahlah kita telah berjauhan dengan ibu bapa,maka bersama-sama sahabat-sahabatlah kita membina dan membentuk jati diri kita.Jika sahabat itu buruk,maka kecenderungan kita ke arah itu juga luas dan begitulah sebaliknya.

4)BARANG-BARANG YANG PERLU DIBAWA

Jika di atas,saya menyentuh mengenai buku yang perlu dibawa.Kali ini,lebih umum.Apa yang saya sebutkan di sini hanyalah apa yang terpenting,yang betul-betul tiada atau sukar didapati di Mesir.Bagi bahan-bahan masakan dan minuman adalah seperti berikut:

  • Santan.Seeloknya bawalah yang serbuk agar dapat menjimatkan berat bagasi yang dibawa nanti
  • Halia.Walaupun di Mesir sudah ada serbuk halia tetapi ada sesetengah masakan memerlukan halia mentah.Bagaimanapun di pasar raya Carrefour Mesir ada juga menjualnya tetapi agak jauh dari tempat tinggal.
  • Serbuk kunyit dan kunyit
  • Kerisik
  • Serai.Ada juga dijual di rumah-rumah anak negeri.
  • Serunding
  • Serbuk sup,kurma,kari,gulai dll
  • Ajinomoto
  • Sos cili.Sos di Mesir agak berbeza dengan di Malaysia
  • Budu.Ada dijual di rumah-rumah negeri
  • Milo.Tiada dijual di Mesir.Yang ada hanyalah serbuk koko yang sebenarnya digunakan untuk membuat kek

Ini sahaja yang terlintas di fikiran sekarang ini.Mungkin ada bahan-bahan lain yang lupa saya senaraikan sebenarnya juga sukar untuk didapati di Mesir.Maka,rujuklah abang atau kakak yang lain yang sedang atau pernah belajar di Mesir.

Selain daripada itu,belilah baju sejuk di Malaysia siap-siap kerana pada bulan Disember nanti akan bermulanya musim sejuk.Baju sejuk yang terdapat di Mesir juga ada tetapi tidak banyak pilihan.Begitu dengan kasut dan sandal.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan selamat berangkat kepada adik-adik yang akan pergi ke Mesir pada 14hb Sept ini.Galaskan bersama-sama adik-adik di samping bagasi-bagasi yang dibawa nanti,semua harapan Islam,negara,ibu-bapa,JPA dan rakyat Malaysia yang ingin melihat kita semua menjadi seorang doktor Muslim yang professional dan bertaqwa apabila kita pulang

Syukran jazilan ala dah khabar..Semoga Allah permudahkan urusan kami..Insyallah

Saturday, September 11, 2010

In The List..

Senarai semak sebelum ke mesir

1
.Kamus Melayu Arab(yg ni ak share je la,fobia gne an-nabawi..smpai skrng expert)
Kamus bahasa Inggeris 1(yg ni dh ade..siap ngan kamus medic skali)

2. Photostat IC 15
(mak oii bnyaknyer smpai 15 kpg...biar btol)

3.
Photostat surat branak ( baru ) 15
(blum settle..kdai x buka lgi)

4. Photostat sijil stam– bm , ba 15
(no need la..ak bukn dak stam pn..skip this)

5.
Photostat Ic mak n ayah 15
(dh ada 2 kpg..tp still x cukup lgi..kne pergi kedai lgi ni)

6.
gambar 50 Banyak nak guna kat mesir nanti , Arab nyer gambar tak cantik
(huh..fulamak..50 kpg..giler bnyak..glemer la ak 6ti,bnyak tul paka arab ni nk gmbr ak..huhu)

7.
Kasut jalan 1
Bagus bawak, sebab anda akan banyak
berjalan, melompat dan berlari mengejar bas nanti..
(melompat mengejar bas!!..huhu..*imaging*..kne menuntut skill melompat dulu ni)

8
. Kot/blazer 1
Untuk program-program rasmi dan kehormat(dah ada JPA kasi..hehe..tq JPA)

9.
Baju sejuk 1
Terlalu penting
(erkkkk..pakai sweater MEP cukup la..musim sejuk ke ak fly 6ti??ermm)

1o.
Kad bank BSN n HSBC 2
Hanya dua bank ini sahaja yang boleh
digunakan di mesir dan pastikan anda
mengaktifkan kedua-dua kad, satu untuk
parent, n satu lagi untuk bawak ke Mesir ..
PASTIKAN AKTIF!!
(yep!!arahan diterima..dah activated account..settle bab ni..fuhh..ape lagi??)

11. Baju batik 1
Untuk hari raya dan hari kehormat
(ermmm..yg ni..bwak kain btik pun ok gak..dah tu bju btik ak x de..replace ngan kain btik kira ok la tu)

12.Baju melayu lengkap 2
13.
Songkok 1
14. sampin 1
(hehe..ak x pakai bju melayu..bju kurung sudah cukup..hepp!!
songkok -_- :out of list
sampin..bwk yg ayh ak punye..sbgai tnde kngan..klu miss ble peluk.huhu)

15
. Kasut hitam 1
(dah ada..beli mse pre-departure hari tu lg..so settle bab ni..bab len plak)

16.
Pakaian harian
(wajibal runnah kne bwk..kalau x ak nak pakai apa kat sana..)

17.Barang mandi dan wangi
(palmolive dah ada, one drop dah beli,nivea pun blum habis stok lagi..so no need to worry about this anymore..next..)

18. Rempah ratus SERBUK KARI, SERBUK KURMA, SUP
BUNJUT, NASI GORENG, SERUNDING,

Anda akan mengalami masalah masakan di
mesir nanti, pastikan bawak barang-barang
ni kalau tidak, anda terpaksa beli dengan
harga yang mahal di Mesir nanti
19.
Ikan masin( x nak bwk..ak x mkn pun ikan masin..)
20.
Ikan bilis(dah beli satu paket..cukup ke??)
21
. Belacan(hehe..klu bwk alamaknye satu flight berbau)
22.
kicap(yg share ngan family 69..settle)
23. Milo
24. Kopi
25.
Perencah(sume mak nenek perencah dah borong)

26. Passport
(nyawa yg sgt berharga bgi seorng perantau..kne jaga btul2..abg ak pesan)

Kalau rajin, buat
visa sekurang-kurangnya 6 bulan, tapi kalau tak buat pon tak pa (visa Pn.Umi dah settle kan..so x perlu nk al-an(risau()lgi..

27.Tiket kapal terbang Simpan dalam kot
(x sabar nk pegang..huhu..x kn nk buang kot..sentimental value bnyak tu)

28.
Ubat-ubat Jika anda mengalami masalah kesihatan,
pastikan anda tahu nama ubat anda
dengan tepat, supaya senang dicari di
Mesir nanti.
(nasib baik sihat walafiat lgi..so minyak yuyi,balm,minyak gamat dah cukup..ubat demam..ermmm nk bwk jugak ke??ermm)

29.
Pendrive Isikan pendrive anda dengan scan IC, Buku
Bank, kad bank , IC parent dan gambar
passport yang terbaik, kadang-kadang kita
kena buat urusan melalui online jika kad
bank kita tak dapat berfungsi.(Yg ni x settle lgi.kat rumah ak x de scanner so trpaksa k.i.v dlu sal ni)

30.
Socket / astention (
alah, plak yang banyak-
banyak 2 )
Kat mesir Cuma ada plak 2, tak da plak 3,
kita banyak alat elektrik yang plak 3,
macam handphone, lapton dll, so, kalau
bawak lagi mudah. Sebab mesir punya
barang elektrik tak berkualiti lah
(ermm brng cap ayam..pasal plak..abg ak dah settle down kan..ak x expert bab mcm ni..thnks abgku..)

31.
Bag kuliah Bawaklah beg satu, sebab mudah nak bawak barang
(satu jew..tp ak dah kebas bwk 3 beg..lbh dri cukup..huhu)

32.
Tukar duit Tukar duit Malaysia kepada Dollar, sebab
kat mesir tak laku dah duit Malaysia, kalau
ada orang bagi kat airport, cepat-cepat gi
tukar ataupun bagi kat parent untuk tukar
n masukkan dalam bank , tukarlah USD 500
dan letakkan kat baju sikit, kat dalam beg
besar sikit, beg kecik sikit, takut kat airport
polis check, dia akan banyak Tanya…

33.
Kredit Handpone RM 50 Handphone meti ada kredit, sebab nanti
kat mesir tak sempat nak beli sim baru lagi,
cas nya sangat2lah mahal , takut ada
kecemasan nanti bahaya, lagi satu, sampai
jer mesir, kena bagi tahu mak ayah

Huh..33 items kne settle dalam satu hari..ni akibatnye klu packing last-last minute mcm ni..lps kne lecture satu guni bru nk make a way nk packing segala bagai..aduhai ak..huhu..igt senang ke nk fly ni..lbh2 lgi nk kne jd warga asing kat tanah air orng lain..semua benda nk kne jaga..btw,nasib bek ade abang n kakak ak yg bnyak tolong..tolong bgi lecture smpai naik berbulu eardrum ak..terketar2 phalanges n patella ak bile tgk kalendar..7 days more..biar btul..mcm x btul jew..seminggu lgi..cptnye..raya pun belum habis lagi..sebut pasal raya..mkin besar makin "mahal" plak duit raya kitaorng..lbh2 lgi klu dapat thu nk fly..bkn seringgit dua jew dorng hulur..at least..sepuluh ringgit..huhu..kayo den sekejap..tapi dalam suka tu ada duka jugak..sedih bila ak bgtau kat nenek ak ak dah nk fly jauh..sayu tgk air mata nenek ak mengalir kuar..x tau nk ckp ape..speechless ak..nk nangis tapi ak tahan..nk simpan air mata kat klia..

Lupa plak..di kesempatan ni,ak nak mintak maaf bnyak2 kat semua kwn2 cz x smpt lgi nk pergi beraya..sgt2 busy..sorry bebnyak..neway,..maaf skli lgi ats segala dosa yg pernah ak buat slama ni..yg terniat mahupun yg x tersengaja..Doakan kejayaan ak di sana..doakan kejayaan kami semua..student JPA n MINDEF yg bakal fly ke mesir dan jordan pada 18/9/10 ni..semoga kami beroleh kejayaan dan berjaya mencapai cita2 menjadi seorong doktor yg adil untuk agama,bangsa n negara tercinta..INSYALLAH..doakan kecemerlangan kami di sana..segala jasa baik kalian ak ucapkan ribuan terima kasiah..semoga Allah memberkatian hidup kalian semua.. amin..

Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN

1 Syawal 1431 hijrah -2.00am
Salam Syawal buat semua muslimin wa muslimah in this world..
Syahdu dan sayu..
1 pagi syawal yg cukup sunyi..
sayu apabila menatap muka anak saudaraku yg masih mentah
tidak sama sekali dia tahu bahawa..ibu saudaranya bakal meninggalkannya
meninggalkannya buat masa yg agak panjang
tawa,tangis itu x akan ak dengari lagi selepas 18/9 menjelang
Dia masih lena diulit mimpi...hatinya masih bergelojak gembira

"yeay!!esok raya!!nk pakai baju baru"..suara riang tu bakal tinggal dalam ingatan.

6 tahun 1/2 di bumi Mesir..
Satu perjalanan yg cukup panjang.Dalam waktu itu ak x pasti sama ada Allah masih panjangkan umurku atau ak x akan kembali lagi ke Malaysia-tanah lahirku-
Seandainya bumi Malaysia ini ak x jejak lagi..seandainya ak gugur syahid di sana..ampunilah segala dosa - dosaku..rahmatilah hidup kedua-dua orng tuaku,redhailah hati sahabat2ku..beri mereka kekuatan untuk menghadapi perpisahan ini
Perpisahan yg cukup getir buatku..dan paling menguji kesabaran hati seorang ibu yg terpaksa berjauhan dgn anaknya...

"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)

Ya Allah
tabahkanlah hati ibu dan ayahku dalam melayari perpisahan ini..10 hari yg cukup bermanfaat buatku..10 hari yg cukup berharga buat keluargaku,rakan2 taulan..dan 10 hari yg cukup bermakna buat sahabatku yg cukup ak sayangi..(permata yg ku cari)

Ya Allah
teguhkanlah hatinya menghadapi dugaan ini..seandainya ak terus gugur di sana dalam perjalanku mnecari segulung ijazah,meneruskan perjuangan menjadi bakal doktor muslimah..sekiranya ak belum sempat menggapai cita2ku kerana maut menjemputku terlebih dahulu,sampaikan perkhabaran ini..tetapkan hati sahabatku dan keluarga yg kusayangi di jalan Mu..bantulah mereka menghadapi dugaan Mu..teguhkanlah hati mereka dengan keimanan dan ketaqwaan..tunjukilah mereka cahaya hidayah ke jalan yg lurus..Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat sana.Semoga doa dan keredhaan mereka mengiringi perjuanganku yg bakal bermula ini..

"Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam. Yang Pemurah, Yang Pengasih. Merajai Hari Agama (Pengadilan). Engkau sahaja kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan lurus, Jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat." (1:1-7)

Sempena bulan Syawal yg mulia ini, ak ingin hulurkan beribu kemaafan dan keampunan buat semua ahli keluargaku,teman2 dan sahabat yg telah banyak bersusah payah,dan yg sudi berkongsi keriangan bersamaku..dan juga kepada guru2 yg telah bnyak mencurahkn ilmu yg sgt berguna, yg telah bnyak mengajarku erti kehidupan ini sehingga ak mnejadi seorng manusia.Ampun dan maaf dari huhjung rambut sehingga hujung kaki sekiranya selama ini ucapanku ada yg mengguris hati,perbuatanku yg tidak menyenangkan dan lisanku yg tidak terkawal..Ampunilah segala dosa2ku..

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA SAUDARAKU DI BUMI ANBIYA-BUMI PALESTIN DAN SEMUA SAUDARA MUSLIMKU DI SELURUH DUNIA INI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN..BARAKAHWAHULAKUMA..KULLI SANAH WA ENTUM TOYYIB..INSYALLAH

Friday, July 30, 2010

RAMADHAN COME AGAIN

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Am a peaceful atmosphere. Ali still feel anxious, while talking on his own, "Many matters have been made this morning. Read and thoroughly formal letters already. A checklist of tasks file is. Storing pictures in the correct folder is already. What else yet made? Oh, yes! this morning, yet another website Facebook. No wonder only uneasiness. "

Ali smiled alone when thinking of himself as children lost their mother. Finally, he was able to detect the cause of why he felt restless and agitated during the morning. Not open because of the social website Facebook, Ali felt the full morning in the office.

Recent phenomenon of human behavior of social websites digilai the public. The various stories we've heard from lately. Here and there to talk and talk about Facebook.
EA said not only discussion of the funnel-funnel radio, television programs, and even telephone conversations with friends also speak it Facebook.

Well known social site Facebook as a champion of the membership has reached 500 million worldwide. This social networking website has put before him such as MySpace, Friendster, Hi5, Flixter and more.
Many of the factors that cause social website Facebook became most like to visit. Among them is the application platform for simple, user friendly, can continue on with my friends who are online, fast newsfeed facility, interactive games, photos, videos and more.

These factors can not be denied again by the hardcore Facebook users in Malaysia.
The number of Facebook users in the country increasing from day to day. According Facebakers.com, which specialized in web application development, conduct statistical Facebook users across the country.
Data obtained showed an increase of 179, 600 Facebook users in Australia. This number will continue to grow.
Our country is on the ninth of 15 countries that most increased the number of Facebook users. Addition of Facebook users in Australia over many of the users in the countries of Taiwan, Germany, Brazil, Thailand, Ecuador and Chile.

However, most of our neighbors is that Indonesia has a number of Facebook users about 25,912,960 people. Number of additional users is about 765, 620 people. The total number of Malaysian consumers are currently a total of 7,317,520 persons, an increase of users of 2:45%. Umum ready note, when compared to the number of people of Malaysia and Indonesia, the country that more people with us here.

Want to consider things very interesting in here is how the Muslims in Malaysia and Indonesia may be using the social web with a prudent manner.
Thus able to communicate in a way that effectively preaching.

By the month of Ramadan that will come, of course Facebook phenomenon can affect our religious practices. Certainly we can read a variety of reasons and the expression of our friends feel the hunger, thirst, drowsiness, tarawikh prayers, the breaking of the fast-dawn meal and the kind of again.

Language and communication skills are very necessary prudence
when we are in any social website.
Facebook is a platform and facilities, founded by Mark Zuckerberg,
former student from Harvard University.
Promote the social web in the right way.
Building a positive self image, brand and product showcase companies with effective,
to share good stories, answered the prophets and messengers
also established friendly relations
prolonged.

May Ramadan is celebrated with full religious deeds is blessed.
Not only compulsory religious practices, and sunnah.
In fact, Facebook is a communication medium in which we gain useful knowledge.
Read things that are fine, write it good, and respect
with positive beings.

HEPI RAMADHAN TO ALL MUSLIM IN THIS WORLD..MAY THIS RAMADHAN GIVE US FULL OF BLESS>INSYALLAH

Saturday, June 26, 2010

Sweet life

People often asked me, “How can you be so carefree?”. I often laughed at this. Because being me, there is no such thing as ignoring things the way it should be. Can you be carefree when people talked about you behind your back? Can you be carefree when nobody wants to talk to you because you made one mistake? To me, I’m not being carefree, I’m simply living life like the way it should be. I’ve always told myself, “life can be hard as it wants to, but you can make it sweet and simple as you like”. Of course, putting it in mere words is easy, but we are just human, so it’s normal for us to be questioning: “how can we achieve a sweet, simple life?”

Take a good look around you. Can you see what the world has offered to us since long time ago?. Even looking up at the clouds can show us how beautiful the world is. Today we are so caught up with jobs and studies that we forget to appreciate the beauty of all this. Sometimes, when you’re walking fast to reach your destination, take a glance at the blue sky, take a deep a breath, and smile. Shouldn’t you be a little at ease seeing how the clouds move? There is so much in the world that we took for granted, but from today, open your eyes and see with your heart.

And have you tried to spend some time feeling grateful to the people and what they do around you? You see, people always complain that they have a lot of work to do, but doesn’t that means you have jobs to support your living? A lot of laundry and ironing means you have clothes to wear, and the tedious work of cleaning the toilet and the gutters in your house means you have a home to live in. These simple things may often be ignored, but by appreciating all these mundane things can help to make your life better.

Most of the times, if you’re having troubles in relationships, try to make an assessment to yourself.The way people treat you is a reflection of how you treated them. We never realised this; most of us will claim that we have done nothing wrong, and the other party are being unkind by treating us badly. But that perception may be wrong; plus there’s no harm in giving some time to think whether what you’ve done all this time is right or wrong. But we are just human, of course we can’t be perfect.

Despite being a non-perfect creation, (how can we be as perfect as God who made us all?) we can strive to be one. Of course, it’s impossible for us to be really good, but at least on our way of trying to be one we may learn new lessons which will make us a better person. Try not to find faults within others, and improve your relationships with the people around you. Being perfect may be impossible, but being better is always worth the try.

So now, can you say living a simple yet sweet life is impossible? Beautiful words can be written and said, but it depends on yourself whether you want to take up the challenge and do it. Nothing can be that easy, and the points above are the ones that can help to simplified. Take the first step and see how your life may change. After all, it’s your life, so you’re the one who should decide.

MUSLIMAH WALLA LUV

MUSLIMAH

vs PUTUS CINTA

Sudah kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita juga pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa denganNya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Tetapi kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Oleh: Yukizara Affendi

Sunday, June 20, 2010

Sahabat Sejati

Ku biar kalam berbicara
menghurai maksud di jiwa
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi
sudah suratan Illahi

Ku biar pena menulis
meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
keresahan di jiwa
Tidak pernah ku kesali

Aku telah pun sedaya
Tidak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih sudah lama terjalin berdarai bagai kaca
Oh teman , maafkanlah diriku

Oh tuhan tunjukkanlah ku jalan
untuk menempuhi segala
dugaan ini
teman maafkanlah jika aku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang terbina
ke akhirnya

Aku tak kan berdaya
menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku
redhalah dengan apa yang terjadi
usahlah kau kesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Maafkanlah ku teman kerana sudah melukaimu
Sebuah pertemuan diakhiri dengan perpisahan
bukan ini pintaku
tapi inilah yang terbaik
demi mencapai redha yang esa

Maafkan aku kerana tidak mampu menjagamu dengan sebaiknya
semoga dirimu sentiasa di berada di bawah payung rahmat Illahi..

Maaf wahai sahabat ku- Laut merah-

Friday, May 21, 2010

PESANAN BUAT MUSLIMAH

Post ini special ak dedicatekn untuk semua wanita islam di bumi Allah ini..marilah sama -sama kita bermuhasbah dan renungilah kata yng disampaikan..moga kita sama - sama mendapat manfaat darinya...ayuhlah ya akhwat..ayuh kita menjadi muslimah yang berguna untuk agama dan menjadi tulang belakang kepada syahid kaum adam..Moga Islam menjadi kuat dengan sumbangan wanita solehah..insyallah..

Pesanan buat wanita Islam

Saturday, May 15, 2010

untukmu teman

Di sini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau meghulurkan tangan
membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkan lah dendangan lagu
tanda ingatan ku
kepadamu teman
agar ikatan
ukhuwan kan bersimpul padu
kenangan bersamamu
takkan aku lupakan
Walau badai datang melanda walau jasad bercerai dan nyawa
mengapa kita ditemukan
dan akhirnya kita dipisahkan
mungkinkah diuji kesetiaan dan kemanisan iman
tuhan bagikan daku kekuatan
mungkinkah kita terlupa Tuhan ada janji-Nya
bertemu dan berpisah kita ada hikmah dan rahmatnya
andai ini ujian
terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya

"tidak sempurna iman seseorng itu jika dia tidak menyintai sahabatnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri"

http://http://www.nasyid-online.com/brothers/untukmu-teman-video_1fc15a14b.html

Friday, May 14, 2010

weekend~~~

kau lah temanku..

weekend~~

hari ni kitaowng..ak dan geng2 yang len smbut bday gurlz..hajar..btw, hepi bday hajar.....hope u'll always hepi in ur life..may allah bless u 4 eva.
kitaowng smbut bday hajar dgn aiskrim je..aiskrim mydin ..huhu..so romantic..ak sgt hepi hri ni..thank to allah cz giving me da most precious moment 4 today.
penat smbut bday time kaum muslimin pergi solat jumaat..kami sdang elok mkn ais krim kat bwh pokok dtemani brung gagak yg hepi trbg di awn..

x puas mnikmati weekend,,kitaowng teruskn agenda pd waktu ptg plak..pecah msuk asrama akasia..cz gian x thn nk men kat palyground..sbb utama pilih palygroung sbg tmpat lepak kitaowng ptg tu cz nk release tension..penat blaja bnda bru dalm msa 2 mggu..dtmbh lg dgn assgnment yg melambak

Dh smpai kat palyground..terlalu hepi smpai x thu jln nk pulang..huhu..yg penting..segala tension kitaowng ptg tu dh trlepas..lega sgt2..thank my buddies..trima kasih krna sudi mnceriakn hriku..

Syukran Ya Rabb kau mgurniakn rkn yg ckp memhmi dan sntiasa brada dcc di kala ssh dan sng..dgn kehdiran kalian rindu kat kg terubat jua..thnk my fren..

sincerely dedicated to~~
hanis,qayy,t-mah n farahah..luv u all

Sunday, May 9, 2010

selamat hari ibu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur krna ak msih diberi hrapn utk brnyawa pd hari ini..oh lupa..hri ni ckup brsej bg kaum hawa yg tlh brgelar ibu.."SELAMAT HARI IBU" to all mums in this world..

x tau ah knpa rsa syu plak ari ni...Frankly speaking..ak mmg rindu giler kat mak ak..mcm mne keadaan mak ari ni??dh mkn ke blum..rse mcm nk menitis air mata plak..apasal ak tiba2 jd homesick nih..adusss...yg jelas kali ak btul merasai kehlgan mak ak..ye la sblm ni pn mna prnah bernggang dgn mak..sekrng bru ak ble rse rindunya kat mak ak..bila duk jauh2 ni rse sayu plak..+ ni thn 1st ak duk brjauhan ngan mak ak..

Dlm duk memikir mak ak yg kat kg tu..tetiba ak trfikir kat ank2 luar nikah yg dtgglkn ibunya..ksihan plak..skrng bnde2 mcm tu dh jdi prkara biasa dlm hidup kita..yg lbh hairn lgi..knpa yg kes buang ank tu mostly remja pompuan melayu yg lkukn..nauzubillah..mntak la ak dan tmn2 yg len x trgolong dlm kalangan tu..ksihan mak ak kat kg..aduss..smkin sdih plak rse..tp mmg sure ak rse trkilan giler kat mne2 pompuan yg snggup lkukn semua tu..ak sbgai seorng insan brnama hawa ni pn rse malu je kat kaum adam..mne mrtabat kita sbgai muslimah sjti...apapun ak sentiasa doakn kpd rakn2 diluar sana semoga sentiasa dilindungi Allah dan diberi sinar hidayah tuk mereka yg terlnjur mlkukn prkara sadis mcm ni..semoga korng diberi petunjuk dan hidayah dri Allah..Insyallah...

By the way..that's not my point..yg ak nk smpaikn skrng ni..ak nk katakn bhwa..(skemanya ayt!!ah lntak ah)..ak sgt brsyukur cz mak ak x buang ak mcm mne sestgh kes yg brlaku pd hari ni..Terima kasih bebnyak kat mak ak krna tlh bnyak brkorbn jga ak shingga ak ble jd seorng muslimah yg msih trpelihara maruahnya(bkn nk bngga) tp tu lah hakikatnya..Thank mak cz sudi menyayngi ankmu yg ckp nakal ni..sempena hari ibu..ak dedikasikn post ni spesel tuk mak ak yg kat kg..smoga rindu kmi sntiasa brpnjagan..mak..insyallah akn ak sntiasa mgingtimu dalam setiap doa kudusku..SALAM HARI IBU....ma..ana syg ma!!

Ibu..bergenang air mataku

terbayang wajahmu yang redup sayu

kudusnya kasih yang engkau hamparkan

bagai laut tak bertepian

biarpun kepahitan telah kau rasakan

tak pun kau meras jemu

mengasuh dan mendidik kami semua anakmu

dari kecil hingga dewasa

hidupmu kau korbankan

biar dirimu telah terkorban

tak dapat ku balas akan semua ini

semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu

ibu ampunilah dosaku

andai pernah ku menghiris imu

restumu amat ku harapkan

kerana di situ terletak syurga untukku

tabahnya mu ibu melayani kenakalan anakmu ibu

mengajarku erti ketabahan

kau bagaikan pelita dikala ku kegelapan

menyuluh jalan hidupku

kasih sayangmu sangat bernilai

itulah harta yang kau berikan

kasihanilah ibuku YA RABB

ibu yang telah melahirkan diriku

bagai kasih ibu sewaktu kecilku

moga bahagia ibu di dunia dan akhirat sana..

AMIN~~~~

sayangilah ibu sementara mereka masih ada di dunia ini...

Friday, April 30, 2010

Aku meminta kpd Allah setangkai bunga segar,

Dia beri kaktus berduri..

Aku minta kupu2 diberi ulat beluncas..

Aku sedih & kecewa..

Namun kemudian,

kaktus itu berbunga,

indah sekali

Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik

Itulah jln tuhan

yg indah pada masa yg

ditetapknnya...

Allah tidak memberi apa yg kita harapkn

tapi Dia memberi apa yg kita perlukan..

kadang2kita rasa sedih,kecewa dan terluka

tp jauh di ats sana

Dia sdng mngatur yg terbaik dalam kehidupan kita

Allah tidak membebankn hambanya dgn ujian yg x mampu hambanya tnggungi..

P:trima ksih kpd shbtku yg sudi brkongsi msg ini..semoga dpt mnjdi rnungan brsma2..

nukilan :shbt laut merah