As-Salam- Taalu Hena

Photobucket

Tuesday, March 27, 2012

Pencari JalanMu

DiLemMa itu Ujian~~

Telah banyak yang kulewati

Jalan hitam di dunia

Tak terhitung selama nodai

Masih kah adakah kesempatan

Bagiku mendekatkan Hati dan cinta kasih-Mu

Kuingin bersihkan diriku

Dari segala dosa Yang telah kuperbuat hingga kini

Kuingin bersihkan jiwaku

Terangilah dengan segala

Petunjuk jalan-Mu

Tiada yang ada selain-Mu

Yang selalu menjagaku

Meski kadang tinggalkan-Mu

Aku yang hanyalah manusia

Yang mencari jalan-Mu

Yang pasti kembali pada-Mu

Allah..Allah..Allah..terus teruji dan terus diuji..tak pernah putus-putus..kadang- kadang sampai tak mampu nak merangkak lagi..Semakin kuat aku mencari semakin Allah menurunkan ujian itu..Sehingga tahap kekeliruan memuncak. Naknya AllaH ajar hamba ini bahawa bukan senang nak terus istiqamah bermujahadah..Untuk teman- teman yang bertanya..Untuk teman- teman yang terus berbicara mengapa langkah aku begini..mengapa aku terus mencari..sehingga ada cerita yang kurang enak didengar..ini jawapan aku..(tipu aku hati aku ni xruntuh..walaupun buat2 strong depan korang)

Hanya satu..kerana aku pernah hilang rasa cinta kepada Ilahi satu ketika dulu..sakit..itu yang pasti..Sakit apabila doas terus menyelubungi..Sebab itu aku mencari..dalam pencarianku mencari kembali semangat dalam mengenal Tuhan Rabbku, aku terus diuji,,sungguh aku tak kuat untuk berdiri sendiri..Sungguh bantu aku..keluarkan dari kekeliruan ini..Jangan terus bercakap dibelakang aku tapi bantu aku , bimbing aku ke jalan yang lurus..bantu aku suluh jalan yang gelap itu..Mungkin keputusan drastik aku tanpa berfikir panjang sekadar menerima bulat apa yang ada disekeliling,.aku terus diuji begini..mungkin silap aku , kurang mengkaji mana yang betul dan mana yang harus diutamakan..Sungguh aku jadi begini kerana aku kurang ilmu ,kurang alim,dan kerana kurangnya ilmu itu aku seakan-akan hilang..Kerana tak mahu terus merasai kehilangan itu, aku cuba menyertai mereka. Niat aku hanya satu..aku mahu juga merasai rohnya sangat- sangat menyintai Allah itu..aku ingin terus dipegang perasaan itu..Mahu setiap hari dibasahkan dengan cinta-Mu..sehingga aku mencari jalan lain..tanpa sedar akhirnya aku sendiri keliru dengan keputusan yang aku ambil..bukan terpengaruh dengan dengan pujukan mereka..malah mereka sama sekali tidak pernah memujuk mahupun mengajak aku ke arah tarbiyyah itu cuma aku sendiri yang mencarinya..Bukan kerana tidak cukup dengan apa yang telah sedia ada..

Alhamdulillah aku diberi merasai nikmat iman melalui bulatan kecil itu..Perkongsian yang cukup- cukup menyegarkan jiwa..Namun , fitrah sifat manusia itu sendiri tidak pernah cukup..dan itulah aku..tapi bukan tidak cukup menyentuh perasaan aku..lebih dari cukup alhamdulillah..niatku aku ingin menyertai yang lain kerana ingin mencari ilmu yang lebih yang boleh aku kongsikan dengan ahli bulatan kecil aku itu..Itu tujuan aku..

"manusia xkan mungkin boleh buat multitasking..klu tak percaya, boleh tak ko study sambil makan dalam masa yang sama ko tengok movie..ko rasa berapa % ilmu yang ko boleh hadap??"

Tersentak dengan kata- kata itu..Betul , manusia mungkin bukan fitrahnya dilahirkan mampu 100% melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa.

Alhamdulillah kalau bukan aku diuji begini , mungkin aku tidak sedar bahawa langkahku untuk kembali bersungguh- sungguh mengenal Allah itu hanya kecil..

"dah lah kelas agama ko tak pergi, macam mana ko cakap ko nak kenal Allah"

"bukan aku tak nak pergi , tapi bab-bab nak bagi komitment aku lemah skit..nk study la wei"

"orang len pun study gak, pegi je kelas agama tuh..elok je score..ko pe cer?.."
makin disentak..lagi kuat..

Alhamdulillah, ade hikmah kenapa semua ni terjadi,,dalam diam Allah ajar dan tegur aku..nak kenal Dia biarlah dengan jalan dan wasilah yang betul..Bukan main hadap ambil keputusan ikut akal je tanpa tanya pendapat iman di dada tu jugak..

"kalau kau kata kau sokong persatuan tu, kenapa ko tak bagi sepenuh komitmen ko?kenapa ko x sokong apa yang cuba mereka usahakan untuk bantu kita sama- sama kenal pencipta kita? Bila orang tegur ko, ko melenting marah..bila orang buat program ko xjoin , x bagi sokongan. Tapi boleh plak ko join benda lain..ko sedar tak tanpa sedar ko sendiri dah create masalah tu disebabkan kelalaian ko sendiri so tak perlulah nak marah orang kalau ade yang duk bercerita pasal ko kat belakang tabir tuh."

Siyes aku bingung,,bingung sebab semua menyalahkan aku waktu ni..Mungkin mereka dan keluarga mereka tak paham kenapa aku jadi begini..Kenapa aku memilih untuk terus begini..

Namun ,alhamdulillah..tanpa semua ni berlaku, aku mungkin takkan pernah nak belajar mengkaji. Pakat terima je sesuatu dengan bulat- bulat.

" tak kisah apa yang awak dapat, yang penting kaji benda tu dari sumber yang sohih, kalau tak tahu rujuk kepada yang pakar dalam bidang tu..bukan sekadar menerima sesuatu membabi buta je...Teruskanlah mencari..Insyallah semoga dalam pencarian awak itu, awak akan jumpa sesuatu yang bernilai..Segala yang ditentukan Allah itu ada hikmah disebaliknya.."

Untuk yang terus bercakap..usahlah bercakap hanya dibelakang..tegur aku kalau aku salah..jangan tikam aku dari belakang kerana hanya takut aku terasa..mungkin dengan cara begitu semakin menikam aku kerana membuatkan aku terus keliru..Buat yang banyak membantu, sahabat-sahabatku, ukhti- ukhtiku terima kasih atas dorongan kalian..Aku tak pernah bersendirian.. Terus backup aku..Pegang aku kuat=kuat kerana aku hanya insan yang sangat- sangat dan x mampu nak berdiri sendiri tanpa bimbingan kalian..

Buat yang membaca kisah ini..walauapapun keputusan yang aku ambil selepas ini, satu yang aku pinta, jangan sisihkan golongan seperti aku ini..malah teruskanlah bertanya khabar imanku..teruskan membimbingku,,kerana jika kalian jauh dari aku, aku bimbang aku semakin hilang di jalan aku sendiri..

"benar..hidayah itu bukan hanya ditunggu untuk jatuh ke riba, kalau diri sendiri tak berusaha terus mencari sampai khiamat pun ia takkan jatuh dengan sendirinya..tetapi berusahalah mencari..tapi dalam mencari biarlah di jalan yang betul dan dengan bimbingan yang betul, agar hidayah itu tak bertukar menjdai istidraj..bukan semakin menyuluhkan tapi semakin melenyapkan.. mungkin.."

Allahua'lam

Thursday, February 23, 2012

Cintai-lah-illahi

Demi Cinta Allah
RABU, 23 FEB 2012 15:09

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Hanya Demi Allah Kita Berpisah Di Dunia, Semoga Dipertemukan Kembali Di Akhirat

Kerana Kau bernama Adam

Ini kisah berkaitan cinta yang bersendikan diam.. Bersenikan kependaman perasaan.. ♥

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”,
begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata,
“Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************************************

Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Ku pilih kamu bukan sekadar cinta
Ku pilih kamu untuk ke syurga
Ku jauhi yang lain bukan kerana tak suka
Ku tinggalkan dirimu karena takut dosa
Ku tinggalkan dirimu kerana takut lalai akan perintah Rabbku

Percayalah pada takdirmu..janji tuhan tidak pernah luntur..

~XzoneXiff~

Monday, February 13, 2012

SANAH HELWAH Gamilati

SeLaMaT Hari Lahir

Sanah helwah Ya gamilah(hik..puji diri sendiri je bunyiknye...)

Alhamdulillah dah masuk 20 tahun dah umo ni..umo dah tua perangainye kalah budak umur 02 ..haishh..

-tolong jadi mature skit-

Alhamdulillah...waa murah rezeki tahun ni..banyak bebenor kek hari jadi..melimpah-limpah turun rezeki dari langit..Alhamdulillah Ya Allah..alhamdulillah

Entry ni saje gedik-gedik nak tulis sebab nak ucap terima kasih banyak - banyak kat semua yang dah banyak berhabis duit tuk buat birthday suprise yang sangat mengharukan tu..terima kasih banyak..tak sangka korang masih ingat kat tuan punya diri ni lagi..terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ni tuk rasa nikmat rasa kasih- sayang dari ukhti-ukhti saudara seislamku yang sangat-sangat aku sayangi..especially di bumi barakah ni..

Untuk
Qayyah-my lovely roomate- terima kasih banyak-banyak buat-buat saya tension pagi semalam dengar pasal panggilan hangit tu..huhu
~Pa'a,hanis,timah,sumi,ct- syukran awi tolong masakkan mee kari kaw+ cheese cake yg best giler tu+ tolong buat banner bday tu..banyak lagi nak tulis tak habis-habis kan

~hajar besar dan sya yang jauh datang dari Ain Syam- terharu sangat-sangat..terima kasih sebab bersusah payah datang dari jauh naik metro semata-mata nak buat suprise
~hajar kecik(hakikatnye dua-dua sama kecik je tapi besar pada umur sahaja),zateel( adik-adik junior akak)-syukran jugak tolong buat karipap tuh..walaupun sempat makan skit je tapi best..sayang korang xsia -sia akak didik korang.dan yang lain yang bersama-sama bersubahat buat prank pada 11/02/12 ..terima kasih sangat-sangat..walaupun sangatlah penat baru sampai berjaulah dari Ireland terima kasih sebab dan buat penat aku hilang terus dengan kek depan mata tyme nak pijak masuk pintu rumah tu..alhamdulillah rezeki Allah bagi..terima kasih semua..korang suweet lah..haha

120212
Dan xpernah dilupakan jugak buat akak jaulah MESIRELAND...sayang antumna semua ketat sangat-sangat..

to Kak Rai yang comel, Kak Radhi -doktor bergerak kita, Kak Nisa' yang kiut, Kak Aida yang sanggup datang dari jauh terus cabut lari lepas habis kuliah datang hantar kek askrim semalam dan jugak Kak Farahain, soulmates kite, teman sebantal, seselimut ,setrip di Ireland- Sarah(kakak bday girl), arifah, zack, zatil , ainin..terima kasih sudi datang bawak rombongan pizza datang rumah semalam..mati-mati ingat korang main-main je nak buat suprise tuk kite..hik..*blushing*..nasib baik ada mee lebih skit semalam boleh la rasa skit spagetti air tangan bday girl(rasa gedik plak)..jazakillah sangat-sangat..terharu sampai xkuar air mata dah..masih ade insan yang ingat tarikh bersejarah kita tu..ukhuwah sampai ke jannah insyallah

Syukran jugak buat ukhti-ukhti di Ireland bagi kek masa last day kitaorang kat sana..tacing dapat kek dari Kak Fat..xsangka sempat lagi belah kek bday kat bumi Irelnd..teheee

Tak lupa gak buat sahabat yang bagi hadiah yang comei-comei semua tu sampai dah tak tahu nak letak kat mana,,dah penuh satu meja..eceehh(ayat hiperbola melampau tuh)terima kasih sebab dah banyak habiskan duit korang untuk kite yang ntah apa-apa ni..maaf kalau ade sebarang kekurangan dalam kita berukhuwah..maaf sangat..

Eh tak lupa jugak terima kasih buat muhajirin tersayang kita sebab dah culik kita masa on the way nak balik dari uni tadi..hik2..cantik hadiah tu..ingatkan dah lupa bday ansar awak nih..hihihi..terima kasih ye muhajirin saya..*wink2*

All in all..terima kasih buat semua yang dah bersusah payah untuk diri yang hina ni..hanya mampu berdoa Allah membalas budi baik kalian dengan sebaik-baik imbalan di akhirat kelak..semoga Allah kurniakan nikmat kasih sayang ni berpanjangan sampai ke syurga Insyallah , biiznillah..Semoga ukhuwah ini sentiasa mekar dalam redhanya..Terima kasih sudi terima saya dalam keluarga besar ini..Sungguh hanya Allah sahaja selayak -layak pemberi balasan dan ganjaran buat kalian semua.Semoga doa kalian dimakbulkan..amin..

Terima kasih buat semua!!!

~Serendah-rendah tahap berukhuwah adalah apabila kita berlapang dada menerima kekuranga saudara kita,setingi-tinggi tahap berukhuwah adalah melebihkan saudaranya melebihi dirinya sendiri~

Untuk diri ini:
Laksanakan azam tahun baru anda
-teruskan bermujahadah dalam melawan hawa nafsumu..engkau tidak pernah berseorangan kerana engkau masih ada ukhti-ukhitmu di sisi..
-jadi anak solehah untuk mak dan ayah dan terus berjuang di jalan agamamu..jangan terus mengalah sehingga Islam itu kembali bangkit
-jadi srikandi yang bermanfaat untuk agamamu..
- Jadikan Allah sebaik-baik tempat untuk bersandar(*Allah itu lebih dekat dari urat lehermu..ingat tu!!)

Laksanakan azam baru..Mumtaz kerana Allah..insyallah..teruskan bermujahadah fisabillillah..tunaikan hak saudaramu yang dtindas laknatullah..Insyallah Islam bakal menang suatu hari nanti..Insyallah..
Terima ya Rabb kerana sempat mengajar aku nilai ukhuwah ini..Allah adalah sebaik-baik pemberi dan Allah tidak pernah mungkir pada hamba-hambanya..Allahuakhbar(erkk sorry masih bersemangat SYRIA lagi..hihi)

Tak lupa dan jangan lupa kepada yg dah terbaca entry ni untuk doakan saudara di Syria..dalam bergembira sambut bday dengan penuh kenikmatan ni tanpa sedar masih ramai yang menderita kat luar sana..Ya Allah semoga engkau melindungi saudara-saudaraku disana..Semoga mereka sentiasa didalam lindungan kasih dan rahmatmu--teruskan berjuang wahai saudara-saudaraku..Allah menjanjikan syurga firdausi untuk kalian..Insyallah..Allahuakhbar!!

Thursday, December 29, 2011

"Indahnya Cinta Itu"

-surat balasan dari "si Dia"

Assalamualaikum w.b.t...

Oppsss..."INDAHNYA CINTA ITU"

Huh dah lama x update blog ni..bersawang yang amat..tetiba apabila nak update update pasal CINTA plak..haishh..dah terlebih kena panahan sang arjuna ke??Okep2..xnak ckp lebih2 n x nak comment panjang2..cuma nak citer pasal something that had happened to me sepanjang minggu ni..

But before that. i wanna to share something that i;ve got today..speechless..akhirnya orang tu tahu jugak aku dah lama stalk dia..1st and foremost sorry dear if i;m not being a very good stalker for you..actually aku xsempat nak stalk dia lebih..just asking some valuable point je sal dia tu pun dari housemate awak..siyesly..to My Muhajirin..susah sangat nak stalk awak nih..u're so mysteriuos one sampaikan saya dah xtahu nak buat mcm mne nak dptkan maklumat sal awak...and thanks a lot to someone yg dah berjaya bocorkan rahsia sal my muhajirin ni..hehehe..walaupun tak dapat banyak skit pun jadilah..nak tahu apa yang housemate awak cakap kat saya??Sorry saya terpaksa tulis kat sini sebabnya saya xde keberanian nak reveal depan kelas sal apa yg dah sy buat kat awak sepanjang tempoh menjadi stalker yg xbertauliah ni..

- First thing saya dapat tahu pasal awak ialah awak suka barang yang cute2 , kecik..so saya belum terpikir lagi nak hadiahkan apa untuk awak..so sy terpaksa cari jalan lain untuk stalk awak..dengan bagi small card pada setiap hari Khamis..tapi saya xtahu klu awk perasan ke tak benda tu..alhamdulillah awak masih xperasan lagi siapa stalker awak..so bolehlah saya teruskan my possible mission..

11 Dec 2011
Tempoh for Ansar(stalker) untuk stalk Muhajirin berjalan macam biasa..hari berganti hari..tapi saya masih lagi xtahu tentang awak..susahnye nak stalk awak ni..tiap-tiap hari saya tengok Ansar yang lain bagi sweet, chocolate, delivery pizza kat Muhajrirn masing- masing..tapi saya masih lagi x buat apa- apa melainkan hanya bagi card yang dipenuhi dengan kata- kata je..tu pun mungkin dah common kot bagi awak..takpe la asalkan niat itu yang penting..asal sampai apa yang saya nak sampaikan kat awak itu pun dah cukup baik..(untuk pengetahuan awak ,i;m not a sweet talker like the others :)erkkk

22 Dec 2011
Hari berganti hari, awak mungkin tak perasan yang saya asyik tengok awak je sejak saya dapat tahu awak Muhajirin saya..saya cuba usaha usha awak tanpa minta pertolongan orang lain..Next Thursday datang lagi, dan hari tu awak dapat lagi sekeping 'FRIENDSHIP LETTER' dari saya..tapi kali ni terasa sangat teruji sebab orang yang passkan card tu kat awak betul passkan 'FRIENDSHIP LETTER' tu depan mata saya dan masa tu awak duduk betul - betul rapat sebelah saya. Saya nampak awak cuba buka card tu dari sampul warna merah tu...mesti awak excited kan nak tahu apa yang ada kat dalam tu..tapi bila dah buka tengok - tengok hanya ada sekeping card je.xde chocolate ataupun pizza ataupun mafrunah ataupun Lambada ataupun apa- apa je la..Arghh..saya rasa makin bersalah sangat..sebabnya saya berhajat nak kasi pizza kat awak tapi disebabkan terlampau rushing hari tu dan kelas yang langsung x de gap , saya x sempat nak orderkan pizza bifirakh untuk awak..Balik rumah saya rasa dump sangat- sangat sebab masih x boleh nak gembirakan awak..

23 Dec 2011
Lepas tu saya hadiri program NICE..mungkin Allah nak tolong saya, masa program tu saya duduk sebelah housemate awak dan dari situ la saya interview dia macam- macam soalan pasal awak..apa yang awak suka makan, apa yang awak sangat teringin nak makan masa tu dan masa tu jugak la saya dapat tahu awak nak sangat - sangat dan teringin nak makan kek..tapi saya lupa nak tanya awak suka makan kek flavour ape..dan yang pasti dari situ jugak saya dapat tahu yang awak suka masak western food and suka masak dessert..ermm..balik rumah saya makin tension sebab saya memang xpandai masak especially dessert..adoi..

Saya tahu awak teringin nak makan kek sangat..dan mulai saat itu saya cuba dapatkan resepi cheese cake dari insan2 yang sangat expert dalam bab-bab baking - baking kek ni..disebabkan saya dah kesuntukan masa yang amat, dan seriusly kite clash plak dengan jadual spotting exam ,saya terpaksa delaykan project nak buat cheese cake tu plus my oven not functioning well for these two/three days so terpaksa la saya batalkan hajat saya tu..Insyallah saya akan try belajar buat cheese cake lagi..and apa yang saya nak buat ialah saya nak bagi awak rasa my first cheese cake..but i'm wondering..bila la cheese cake akan dibuat..ermmm..(dah la mmg sgt2 x expert sal buat kek2 nih)

28 Dec 2011
Hari ni saya dapat tahu yang semua ANSAR kena reveal Muhajirin masing- masing..dan hari tu jugak la saya nampak Ansar & Muhajirin masing exchange hadiah msing- masing.ade yang kasi bunga..ade yang record video..ala sweetnyerr..tapi masa tu saya duduk xkurang 4 cm je dari awak..dan masa revealing of the mates tu saya tahu awak susah hati sebab masih x dapat tahu lagi siapa ANSAR awak...saya rasa makin bersalah sebab sangat- sangat x sempat nak buat something yang sangat special untuk awak..so saya ajak someone teman saya cari hadiah untuk awak hari tu jugak..masa gap kelas Physio saya keluar dari U..berlari - lari pergi kedai hadiah dan carikan something yang special untuk awak sebab xnak bagi awak rasa dump dan kecewa apabila tengok orang lain dapat hadiah..saya tak nak tengok awak sedih so saya hadiahkan awak cristal ball ngan sparkly pen tu..sorry kalau awak x suka POOH tu..huhu..saya xsempat nak tanye awak suka cartoon apa sebenarnya..hihi..so saya passkan kat someone untuk bagi hadiah tu kat awak..sekali lagi teruji..time awak dapat hadiah tu, awak duduk betul- betul kat tepi saya ..and tak tahu macam mana ,saya rasa sangat2 awkward sangat masa tu sebabnya awak bukak hadiah tu depan- depan saya and saya pura- pura buat excited yang hadiah tu bukan dari saya..dan dari situ jugak la saya tahu yang awak masih xtahu lagi siapa yang stalk awak masa tu..alhamdulillah..kiranya my next mission masih boleh diteruskan..saya request dengan AJK Kebajikan kita xnak revealkan siapa saya sebabnya saya malu dan saya and not ready yet , ada lagi satu misi untuk awak..

Balik rumah, oven msih lagi xdapat digunakan sebab dah kehabisan gas plus petang tu saya ada kerja yang perlu disettlekan, rasa bersalah saya makin meninggi sebab xmampu lagi nak buat awak betul- betul hepi

29 Dec 2011
So disebabakan obstacle ni saya terpaksa skip kelas Embryology pada hari Khamis semata- mata nak beli a slice of cake untuk awak hari tu..huk22..(xtahu kenapa saya sampai sanggup buat mcm tu tp mungkin Allah nak tanamkam rasa mahabbah tu dalam diri kita kot) and Alhamdulillah akhirnya saya berjaya jugak tunaikan hajat saya nak bg "UkHuWAH Ring" tu kat awak hari ni plus yang penting saya dapat belikan kek untuk awak..sorry kalau tu bukan kek yang awak idamkan but at least terlepas jugak hajat awak nak makan kek kan.huhu... Dan bersama- sama kek tu saya sertakan sebentuk cincin dan saya suruh awak cari sendiri siapa ANSAR awak..Frankly speaking, saya takut sangat awak x jumpa siapa yang pakai cincin yang sama macam dalam surat tu dan untuk pengetahuan awak , saya sangatlah elergic dengan cincin tapi disebabkan untuk menyemai rasa kasih sayang antara kita berdua saya beranikan diri pakai "UKHUWAH RING" kita tu..tapi tunggu punya tunggu, awak masih lagi xdatang jumpa saya..saya dah mula sedih..mungkin awak masih xjumpa siapa Sweet stalker awak tu..huhu..takpe la ..dalam diam saya pujuk diri saya sendiri..tapi siapa sangka, semasa kelas practical HISTOLOGY(kelas paling last hari tu) tiba- tiba awak datang bagi satu bungkusan untuk saya..dan awak tunjukkan "uKhUWAh RIng" yang saya kasi kat awak tu kepada saya..Alhadmdulillah..AKHIRNYA pencarian awak dah berakhir..akhirnya awak dapat tahu jugak siapa stalker awak yang dah sangat lama admired awak ni..dan saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas kek gula hangus awak tu..sedaapp sangat!!!siyesly saya habiskan sorang- sornag je..hehehe..thanks ye awak..Walaupun kita x sesweet mcm orang lain dan xde orang tahu apa yang dah terjadi antara kita dalam tempoh tu,takpe biar Allah je yang tahu macam mana manisnya UKHUWAH tu dirasa..Thanks atas surat tu..terharu sangat sebab awak appreciate hadiah tu..sorry klu tak seberapa..saya sangat hepi hari ini..Serius speechless..Thanks t my MUHAJIRIN..I luv u till Jannah..insyallah

Your sweet words that never be forgotten : Beautiful words u sent to me motivated me & make me want to improve myself as a better friend..Hopefully through this i'll get to know another amzing person & wishing that all intentions are crystal clear,ikhlas lillahi taala..Insyallah

- "tidak ada percintaan dengan sifat PURA-PURA-
wow agak terkesan di hati..;D

-Licin x smpai beberapa saat..sedap giler kek tu plus lapar yang amat mse tu..huk22-

Hah siapa cakap cinta tu antara adam dan hawa je..Cinta- bukan hanya sekadar didefinisikan sebagai cinta kpd lain jantina je....and post kali ni pun langsung x bercerita psl cinta yg satu itu..tapi inilah "Cinta Ukhuwah" yang sejati di antara dua hati yang diikat melalu tali Ukhti Fi Islam..enti ukhti ana fi islam, wa ana yakhti enti filillah..Insyallah

All in all ,let's tajdid our niat first and clear up for everything .

Ok let's start fresh! Before that..let's look together what's mean by the word of "LOVE" from the perspective of Islam..

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.

Adapun Wudda dalam QS Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal sholeh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal sholeh manusia. Dipertegas lagi dalam QS Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Special dedicated to my beloved MUHAJIRIN~ Athifah Abd Aziz
LOVE from ANSAR to MUHAJIRIN~ketua rumah -hik44- =D

Wednesday, October 5, 2011

Kita bakal dikithbah

Saya sudah bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Damia Humairah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Damia Humairah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama. Negeri Barzakh, insyaAllah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu. Helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama, sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang. As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Umai, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“humairah, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Humairah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

————————————–

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku. Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui.”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Humairah bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Umai selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Damia Humairah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Kisah ini bukan kisah ana (Damia Humairah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca atau tak)

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua’lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Saya bakal dikithbah

Soalan Vs Jawapan-untung jadi perempuan

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
“MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

Wanita kita

Assalamualaikum..
Tetiba jumpa satu artikel yang best untuk dikongsi..Macam biasa..author blog x pandai nak karang ayat so just boleh copy and paste sahaja..btw, ilmu yg dapat still sama kan walaupun bukan dari penulisan sendidi..selamat membaca!!

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki"

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang
mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Menulis untuk dikongsi

Hidayah, ibarat cahaya; ia tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.

Dengan nama Allah, aku bermula dan dengan nama-Nya, aku berakhir. Segala puji hanya buat-Nya, dan segala harap, ku pusatkan buat-Nya. Apa yang bakal kalian baca sebentar lagi mungkin akan membuatkan darah kalian menggelegak, mungkin juga membuatkan jantung kalian berkocak. Bisa saja, mata kalian bertukar merah dan urat merih kalian timbul menyirat.

Yalah. Kita ini manusia biasa. Kita pasti takkan senang hati jika ada orang bercakap tentang yang buruk-buruk tentang kita. Biarlah perbuatan kita itu, sudah ditukarkan nama sebagai kritikan membina, nasihat, atau teguran... berilah apa saja nama pun, hati kita tetap takkan mampu untuk positif secara keseluruhannya.

Kerana itulah sifat kita, sifat aku juga. Aku sendiri tidak meletakkan harapan yang mencecah awan. Aku juga tak menggambarkan apa yang aku tulis ini sebagai nasihat. Tetapi cukuplah untuk Allah tahu, aku mencuba belajar bersyukur atas suatu yang Allah beri kepadaku, yang mungkin belum Allah beri pada kalian. Dan sahabat, maaf... aku mungkin terlalu segan untuk berbicara tentang cinta dengan setiap daripada kalian, tapi tahulah... sungguh hatiku ikhlas mencintai kalian, kesemuanya! Cinta sesama lelaki, hakikatnya lebih jujur dan lebih berpetunjuk, asal saja Allah menjadi tempat di mana sauh kita dilepaskan.

Sahabatku semuanya.

Aku teringat, ada sebuah hadis yang diceritakan oleh Muawiyyah r.a sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, tentang peristiwa yang pernah berlaku di masjid Nabawi, di Madinah. Suatu ketika, Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid. Di sana, ada satu kelompok kecil para sahabat sedang duduk dalam satu bulatan, seakan berbincang. Lalu, Baginda mampir dan bertanya kepada mereka.

"Atas sebab apakah kalian berkumpul?"

Lalu jawab para sahabat Rasulullah yang berada di situ, "Tidak ada apa-apa, wahai Rasulullah. Kami cuma duduk mengingat-ingat akan masa silam kami... masa kami belum dapat hidayah dahulu"

Rasulullah kembali mengulang soalannya. "Bernarkah sebab itu sahaja?"

Jawab mereka lagi, "Benar ya Rasululullah. Kerana ini sahaja"

Lalu Baginda menyambung bicaranya, "Sungguh, aku tak meminta kalian untuk bersumpah dengan nama Allah, atas prasangkaku kepada kalian. Tetapi sebenarnya tadi, Jibril a.s telah datang kepadaku dan mengkhabarkan bahawa Allah sedang berbangga tentang kalian dihadapan para malaikatnya"

Kalian faham apa yang aku faham?

Aku faham, betapa nikmat hidayah itu besar nilainya... mahal juga harganya. Kita tak boleh rasuah Allah untuk mendapatkan hidayah, tetapi kita boleh melobi Allah untuk diberikan hidayah. Jangan berhenti membaca, nanti kalian akan salah faham pada penyataan aku tadi.

Begini...

Orang selalu kata, "Ah... belum sampai seru", atau "Nak buat macam mana... belum dapat hidayah lagi". Kalau dipandang pada layer yang pertama, "betul juga apa aku kata tadi", tapi kalau dilihat kepada layer yang berikutnya, pasti kalian akan menelan hadam kembali kefahaman dangkal kalian tadi. Maaf kerana menggunakan perkataan dangkal. Tapi hakikatnya, memang begitu pun.

Hidayah perlu dicari! Kita perlu faham, bahawa hidayah ini ialah karbohidrat bagi jiwa. Sebagaimana jasad kita perlukan tenaga untuk bergerak, jiwa kita dan iman kita juga perlu diberikan tenaga agar ia punya kekuatan untuk berperanan seperti yang sepatutnya.

Sebenarnya, apa peranan iman kepada kita?

Ramai yang tak tahu, apa peranan iman. Ramai juga belum tahu, apa pula peranan kita, manusia di muka bumi ini! Adakah kita, Allah ciptakan untuk score 4 flat? Adakah kita, Allah ciptakan untuk jadi engineer, kumpul duit dan aset bernilai satu semesta? Atau, adakah Allah ciptakan kita untuk menjadi ahli sukan yang terkenal, atau apakah Allah ciptakan kita untuk menjadi artis atau menjadi public figure?

Pasti jawapannya tidak. Fungsi ultimate kita ialah untuk menjadi hamba Allah- beribadah dan taat kepada segala perintah dan petunjuknya, juga menjadi pengaman, pentadbir, dan pemakmur alam buana ini.

Baiklah. Benda itu mungkin terlalu besar untuk kita.

Tapi, kita perlu tahu yang segala-galanya bermula dengan hidayah. Aku teringat kata-kata Ibn Athoillah dalam kitab al-Hikam, pada pesanan ketujuh.

"Apabila Allah telah membukakan salah satu jalan makrifat (mengenal Allah) bagimu, maka jangan hiraukan mengapa ia terjadi, walaupun amalmu saat itu masih sangat sedikit. Allah membukakan pintu itu bagimu hanyalah kerana Dia ingin memperkenalkan diri kepadamu. Tidakkah engkau mengerti, bahawa makrifat itu merupakan anugerah-Nya kepadamu? Sedang engkau mempersembahkan amal-amalmu kepada-Nya? Maka, apalah ertinya apa-apa yang engkau persembahkan kepada-Nya itu, dengan apa apa yang dianugerahkan oleh Allah kepadamu"

Kata ulama tersohor, Ibn Athoillah... mengenal Allah ialah suatu keperluan asasi; seperti oksigen bagi manusia, seumpama air bagi ikan, dan seperti tanah bagi tumbuhan. Dan... peluang dan kekuatan untuk mengenali Allah (makrifat) itu pula ialah anugerah Allah yang paling agung!

Sebab itu, aku suka untuk mengajak kalian semua kenal Allah. Dan caranya, inilah yang mahu aku sebarkan. Harap kalian sudi sebarkan kepada yang selainmu. Ingat, tadi aku bercakap soal melobi Allah. Adakah wajar dan berupaya, untuk hamba hina umpama kita... melobi Allah?

Pasti jawapannya tidak. Allah Maha Suci daripada sifat-sifat makhluk yang punya kelemahan.

Sebenarnya, aku sedang bercakap tentang cara menarik hidayah dari tingkat langit, agar buah dari langit itu dapat kita tanam dan semai dalam dada hamba.

Sahabat, mari kita semak amal ibadah kita. Aku tak ajak kita untuk melihat pada amal sunat, kerana gagal ialah suatu yang berkemungkinan besar menanti kita sebagai jawapannya. Tetapi, lihatlah bersama akan solat kita. Bagaimana solat kita?

Berjemaah, atau sendirian? Kita bersolat dengan ilmu, atau sekadar ikut-ikutan?

Kita tak sedar... betapa kita perlu ada ilmu dalam setiap amal dan perbuatan kita. Ilmu ialah fondusi. Ilmu ialah nyawa dan roh kepada amal kita. Kalau kita beramal tanpa ilmu, kita cuma membuat kerangka tanpa isi.

Tapi masalahnya, kita tak suka menuntut ilmu! Masalah kita, tunjangnya ada di sana. Kita sendiri ialah masalah kepada masyarakat, dan pasti... kita sendiri ialah petualang keatas kegoblokan diri kita sendiri. Kita malas, kita berasa serba cukup, dan entah apa-apa lagi sebabnya.

Sahabatku...

Aku tak tahu dengan ayat apa lagi aku perlu bercakap, dengan struktur bahasa yang bagaimana lagi, jariku boleh menaip tetapi cukuplah kalau selepas artikel yang panjang (sebenarnya ialah luahan rasa) ini, kalian dapat menangkap satu atau dua point utama, yang cuba aku sampaikan- iaitu hidayah perlu dicari.

Untuk kehidupan dunia, kita cari makanan... kita cari wang... kita cari, segala macam perkara. Tetapi untuk kehidupan akhirat, kita tak berkeinginankah untuk mencari redha Allah?

Keinginan itu takkan terbit, tanpa ada hidayah yang menyentuh ulu hati kita. Sungguh!

Dan hidayah itu takkan membijik tumbuh, tanpa kita sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya.

Dekatilah masjid surau. Bila orang azan, itu tandanya Allah sedang mengajak kita kepada hidayah, maghfirah, makrifat, dan hikmat. Penuhilah ajakan solat berjemaah. Dan bila diumumkan ada majlis agama, ambillah masa dan duduklah sebentar. Siapa tahu, dalam sela masa yang kalian habiskan dengan online, tengok movie, dan segala macam perkara itu... Allah tarik nyawa ibu bapa kalian?

Kita susah untuk membayangkan kita mati. Rasional- kita muda. Walaupun muda pun boleh mati, tapi kesan pada hati remaja pasti tak sama. Maka, mari kita ingat bersama tentang ayah dan ibu kita.

Tidakkah ibu bapa kita mahu kita jadi manusia yang berguna? Ingatlah itu. Ibu bapa kita akan bangga jika anaknya mahukan agama, sebab agama sudah menjadi suatu yang jarang diluahkan pada mulut mereka... tapi hati mereka takkan boleh berhenti berbicara rasa tentang kita.

Aku, kalau terasa sisi gelap aku memanggil-manggil, aku akan ingat balik kepada mak dan ayah aku. Tidakkah aku perlu jadi orang baik?

Dan kalian...
Maaf kiranya apa yang aku tulis ini mengganggu. Layanlah aku seperti biasa, kerana aku akan layan kalian seperti aku tidak ada menulis apa-apa pasal ini. Aku senyum, dan aku harap kalian sudi membalas senyuman aku itu.

Maaflah kerana bukan semua benda aku boleh sampaikan dengan bahasa mulut. Aku tak kuat. Aku bacul, penakut dan pengecut. Sebab itu, aku berharap kau semua boleh mendengar bahasa tulisan, sebab ini ialah suara aku!

Bukan hasil penulisan sendiri..mencari,copy and paste..sekadar perkongsian dalam pencarian..
cukuplah sekadar aku mencintai dalam diam~

Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special"

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

~Allah seeker~

Sekadar sharing ilmu yg sedikit
Bukan hasil penulisan sendiri tetapi sekadar perkongsian dan ingatan buat sahabat-sahabat yg mungkin sudah sampai seru atau yg sedang asyik melayan cinta dunia..berhati-hatilah..capailah redha dan cinta Allah terlebih dahulu..kerana itu pasti yang kekal abadi buat selama-lamanya..sekadar perkongsian..=))

Ambil yang jernih, perbaiki yang keruh..

Wednesday, September 21, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur..itu sahaja yg mampu terluah dengan kata- kata..Alhammdulillah terima kasih Ya Allah .Terima kasih untuk segala- galanya.Terima kasih kerana masih memberi secebis nyawa untuk mengenal erti kehidupan..Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku nikmat iman dan masa lapang yang tak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit mahupun emas berlian..Alhamdulillah..syukur..itu yang mampu hambaMu yang hina ini boleh ucapkan..

Alhamdulillah..hampir dua bulan Allah meminjamkan hayat ini untuk menikmati waktu senang di tanah air sendiri..Begitu besar keagunganNYa..cukup beasr..SUBHANALLAH..hanya hambanya yang tahu bersyukur mampu mengucapkan kalimat azimat itu..SubHANALLAH sangat beasr kuasa Allah itu..Alhamdulillah Ya Allah engkau telah memberi aku peluang untuk aku lebih hargai Ramadan tahun ini..Walaupun aku tahu amalku tidak banyak menggunung seperti amalan - amalan solifulsolih, walaupun aku tahu imanku tidak sekuat hamba- hambaMu yang selalu mendekatkan diri kpdMU..Walaupun aku tahu ,aku banyak dosa dan keaiban yang telah aku lakukan hampir 20 tahun usia hidupku.

Alhamdulillah engkau masih menyayangi hambaMu ini.Dengan ujian yang telah engkau timpakan kepadaku..Alhamdulillah sedikit sebanyak membuka ruang pintu hatiku untuk lebih mengabdikan diri hanya kepadaMU..Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi mahu menyayangi aku..

Ya Allah..hanya satu aku pohon tolong pegang hatiku Ya Allah..istiqamahkan aku dalam perubahan, dalam mengenal diriMu Ya Allah..Ya Allah yang membolak- balikkan hati hamba- hambanya..Yakinkan aku dengan rahmatMu..kuatkan aku untuk kembali berjuang menuntut kembali kegagalanku selama nin..Kuatkan aku Ya Allah..teguhkan imanku Ya Allah..aku mahu berubah..jangan engkau pesongkan aku lagi Ya Allah..jangan engkau laghorakn hatiku lagi dengan cinta duniawi..Janjikan aku syurga yang abadi kerana itu yang ku dambakan..Janjikan ketenangan dalam jiwaku..Ya Allah permudahkan jalanku untuk menyintaiMu sepenuhnya..permudahkan Ya Allah..tolong Ya Allah..

Tersadar aku dari hirauku
Bersujud memohon ampunan
Atas segala dosa-dosaku
Yang telah lelahkan hatiku

Kebesaranmu Ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Entah kapan ajal menjemputku
Mungkin esok hanya Kau yang tahu
Mungkin usiaku tak cukup lagi
Untuk hapuskan segala dosaku

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
Tapi hanya Engkau tempatku untuk meminta

Kebesaranmu ya Allah
Kasih sayang dan rahmat-Mu
Dalam sadar ku terlupa mengucap syukur

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah bukalah pintu taubat-Mu

Dalam sujud ku berdoa
Dalam tangis ku menyesal
Astaghfirullah ampunkan semua dosaku
-Zivilia ~pintu taubat~

Alhamdulillah syukur..Allah sangat maha berkuasa atas setiap sesuatu..Allah sangat maha pengasih kerana masih mengurniakan rakan- rakan yang sentiasa mendorongku mendapatkan cinta illahi..Terima kasih buat sahabat -sahabat semua..lebat dan makin lebat malam ni dihujani dengan seribu dan sejuta nasihat yang cukup- cukup membuatkan aku membuka luas mataku dan pintu hati yang dah lama berkarat dengan dosa silam ..Mungkin inilah masanya untuk aku betul- betul berubah demi masa hadapan.360 darjah..insyallah semoga Allah permudahkan urusanku serta rakan- rakan yang dibukakan hati mereka untuk merasa erti dan kedamaian dalam mencari redha Allah..insyallah

Jadilah hawa yang TINGGI dengan DIDIKAN AGAMA, merendah diri dengan AKHLAK TERPUJI dan BAIK HATI..
Jadilah hawa yang MENJAGA AURAT dan MARUAH DIRI dari sewenang-wenangnya dilihat AJNABI..

Jadilah hawa yang sentiasa HAUS akan ILMU NASIHAT dan TEGURAN sebagai persiapan menjadi HAWA YANG SOLEHAH untuk seseorang yang SAH bergelar SUAMI..
Jadilah juga seorang hawa yang mampu menjadi ANAK, IBU DAN ISTERI yang SOLEHAH serta HAMBA ALLAH yang BERIMAN dan BERTAQWA seperti yang diidamkan oleh ADAM (:
InsyaALLAH
-insyallah ..terima kasih atas nasihat yg cukup bermakna..Seindah hiasan adalah wanita solehah..Insyallah..

.semoga selamat perjalanan awak..pasang niat betol2..belajar kerana Allah supaya masa depan lebih cerah..jgn niat belajar untuk hidup senang nanti..biarlah Allah yang tentukan..saya akan sentiasa doakan kejayaan awak..dan kesejahteraan hidup awak...belajar rajin2 ya..dont be sad..

Allah da tentukan yang terbaik buat awak
pergilah awak berjuang untuk masa depan awak
Allah da tetapkan untuk awak
macam mana untuk awak berjaya
tinggal jer Malaysia ni buat seketika
nanti awak akan pulang dengan hati yang senang
ingt ya
Allah sentiasa bersama kita
tak kira di mana kita berada
mungkin sedikit perkongsian
berbanggalah dengan Islam kerana jika kita berbangga dengan benda lain
Allah akan hina kita
insyaAllah
jika kita bangga sebagai seorang Islam
Allah akan memberi kita keberkatan hidup.dan Allah akan sentiasa bantu kita.jgn sedih2.la tahzan
-terima kasih kerana sering membantuku..Insyallah untuk dapatkan yang terbaik haruslah menjadi yang terbaik..terima kasih

Ezdiar Tcer Ez
‎Hanif Hanifa...post mortem ur weakness and mends everything needed for each paper..redo any previous paper... :) all the best dear...
Thanks tecer..thanks for your support..insyallah i'll try to stand up again to fight for another day..insyallah..wish me luck..insyallah..

Terima kasih buat semua yang telah banyak membantu..Terima kasih buat semua yang telah banyak memberi dorongan dan kata semangat yang tak putus- putus..Nikmat masa lapang cukup bermakna buatku..cukup berharga..dalam sedar Allah memberi aku kegagalan untuk aku bangkit kembali menebus kejayaan itu..Doakan yang terbaik buat diri yang masih lemah ini..Alhamdulillah..terima kasih Ya Rabb...Allah tidak pernah mungkir pada janjiNYa..perpeganglah pada taliNya insyallah kamu akan merasa ketenangan itu..Biiznillah..

Salam ababah
Selamat tinggal Malaysia..

-A man who want to change on 12th hour dies on 11th hour-