As-Salam- Taalu Hena

Photobucket

Tuesday, June 7, 2011

Palestin Evergreen

WEDNESDAY, 1 JUNE 2011

"North Gate" Sempadan yang terletak di Semenanjung Gaza yang diberkati ini adalah satu-satunya jalan dari negara Islam yang diharapkan dapat memberi makna ikhsan kepada rakyat Palestin yang sudah bertahun lamanya menerima hukuman tanpa bicara, di mana dua keluarga yang asalnya bersatu kini dipisahkan, dan hanya akan dapat bertemu setelah menyeberangi sempadan tersebut. Hukuman yang berat ini menimpa setelah penjajah memperkosa tanah mereka dan melanggar segala bentuk sifat kemanusiaan.

Inilah Rafah yang terletak di selatan pantai Palestin, bersempadan di sebelah utara dengan Kota Khan Younis dan bersempadan dengan bumi Kinanah Mesir. Ianya dipisahkan di bahagian timur bersempadankan bumi yang dijajah pada tahun 1948 dan bertemu dengan laut Mediterranean di bahagian barat.

Terbentuk di lokasi yang cukup strategik di sepanjang aliran sejarah, ia pernah menjadi laluan bagi tentera Solahuddin al-Ayubi ketika membebaskan Baitul Maqdis dan begitu juga bagi pengkhianat yang merampas Palestin dari pemiliknya.

Sewaktu Zionis menduduki Rafah, pada tahun 1948, ia merupakan syurga bagi para pelarian Yahudi di bumi Palestin, samada di bandar mahupun di kampung-kampung, yang mereka namakan dengan nama-nama mereka, seperti "Yebna, Bashit, Asdod" dan lain-lain lagi. Kerakusan bagaimanapun telah mendorong mereka melakukan apa saja demi merealisasikan impian mereka, terutamanya dengan cara melakukan pembunuhan dan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan. Pada tahun 1967, Rafah diselubngi kemunduran sehingga menyeret mereka ke lembah hina di mana mereka sanggup melakukan apa saja untuk terus hidup tanpa mengendahkan lagi kepada nilai-nilai kemanusiaan atau keagamaan.

Rafah merupakan sebidang tanah yang penting dan ia adalah lambang bagi hubungan antara Gaza dan Mesir, disamping memberi banyak kesan yang besar kepada kehidupan penduduk yang tinggal di situ.

Dalam menghadapi sekatan dan kepungan musuh, mereka yang tinggal di bumi yang diberkati ini adalah contoh terbaik dalam perkara jihad, kesabaran dan ketekunan. 10 tahun Intifadah, dengan jumlah pengorbanan yang besar, telah memperlihatkan statistik yang seharusnya dibanggakan oleh umat Islam sedunia, di mana peningkatan jumlah syuhada sewaktu Intifadah ini adalah seramai 811 syahid, 3687 cedera dan 110 dipenjarakan.

Rafah telah menyaksikan pembunuhan paling ramai selama berlakunya Intifadah, terutamanya di Kaus Kazh, di mana 60 orang telah gugur syahid dan ribuan rumah serta tanah pertanian yang bersempadan dengan bahagian timur dan selatan Rafah telah dihacurkan penjajah.

Sebagai tindakbalas terhadap pembunuhan beramai-ramai ini, Intifadah telah melancarkan lebih dari 114 operasi dan berjaya membunuh lebih 84 orang Yahudi. 72% operasi dilancarkan melalui Rafah dengan melakukan penggalian terowong sehingga ke rumah-rumah, pos tentera, dan penempatan Yahudi lalu mengebom mereka dari bawah tanah sehingga menggerunkan rejim Israel dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berundur dari Rafah. Antara operasi besar yang masih menghantui rejim Israel hingga ke hari ini ialah operasi-operasi di Gerbang Salahuddin dan kem Hardon yang canggih berdekatan dengan Yebna, yang mana hasilnya ialah penangkapan seorang askar Israel, Gilad Shalit, yang hingga kini masih menjadi tawanan perang Gaza-Israel.

Dalam duk sibuk dengan exam yg sedang rancak melanda sekarang, sudi2kan lah tangan korang tuk menggoogle atau ambil cakna sal saudara kita di Palestin..exam , exam jugak...isu semasa jangan tinggal belakang...kalau nak cerita kisah Palestin ni 100 bijik buku pun x abes nak selongkar..banyak je cara boleh buat nak tolong saudara muslimin kita kat sana...yg paling mudah alert sal dorang and tahu perkembangan dornag pun dah cukup baik..so, harap post ni dpt la gtau sedikit sebnyak sal saudara kita di sana sekarang..sekarang dah tahu, pikir2kan lah apa yg patut kita buat untuk mereka kat sana

semoga Allah merahmati para syuhada' Palestin dan semoga mereka bahagia di syurga yg telah disediakn tuk mereka..amin..

Monday, May 9, 2011

Saya rindu dia..

Assalamualaikum..

"sy tak boleh tido la malam ni..."

Buzz!!
Adoi nak terjatuh aku punya heart, dah nek meremang segala phrenic and mak datuk vagus nerve aku..tak de kije nak buzz orang tak bagi salam awal- awal..

Dia: sy tak boleh tido malam la..
Aku: kenapa plak la ni??teroverdose caffine ke??
Dia: (6_6)..sy tak boleh nak pejam mata la..teringat kat someone..
Aku: la itu rupenye..adoi..sapa someone tu??ce citer2..ak nak tau gak..

Agak lama dia diam..agak lama jugak aku nak tunggu dia reply message aku..sambil -sambil tu aku gatal - gatalkan tangan buka webpage yang lain...malas la nak tunggu..download lagu, buka youtube... layan facebook..

agak lama jugak..tgk kat status ym..msih warna kuning lagi..on9 lagi ..tp kenapa senyap je...

Buzz!!
mak oii..adoi..budak ni tak abes2 nk bgi aku heart attack..extrasystole dah aku dibuatnya..

Dia: sy tak boleh nak pejam mata la..dah cuba tp sy teringat kat dia..
Aku: perghh..sapa la yg buat kau smpai angau tak boleh tido mlm mcm ni..cuba acu try citer kat aku..sapa pompuan yang buat kau x ley tido smpai mcm ni rupe..citer la de..

Senyap lagi..setengah jam jugak aku tggu next message dari dia..apa la yang tak kena dengan budak ni malam ni..

Dia: sy rindu kat dia..mcm mana agaknya dia kat sana?bahagia tak dia??
Aku: weh, aku dah serabut dah ni. sape budak tu.bgtau la aku dulu..ala pe la kau nak susah2..kalau kau rindu dia, try la call, cakap "i miss u la doh".."kangen banget"..then kau off phone kau..pe susah..abes citer

Senyap lagi..tapi kali ni tak lama, dalam 15 minute jugak nk tggu dia balas balik..

Dia: sy tak boleh tido..asyik teringat kat dia..tak tido malam lagi la sy mlm ni..
Aku: adoi pe yg kau duk penat2 pikir sgt sal dia tu..kan aku dah ckp kalau rindu call la..tak pun antar msg tnya kabo ke..tu pun susah smpai tak tido mlm..
Dia: tapi semenjak dua menjak ni sy asyik teringat kat dia je..
Aku: adoi la..lantak la ko nak rindu ke apa ke, aku dah ckp suruh call tak nak..skrng kau jugak yang susah..by the way, sapa sebenarnya yg kau duk rindu2 sgt ni??puteri gunung ledang dri kayangan ke??ke puteri bunian dari ceruk mane yang dah sampuk kau ni??

Kali ni agak lama dia mendiamkan diri..smpai tahap aku expect dia dah tertidur depan laptop..tapi..dengan tiba- tiba tanpa memberi salam, dia balas msg aku sekali lagi..

Dia: sy rindu kat dia..sy x boleh tido teringat kat dia..
Aku: weh annoying la aku dengar kau asyik sebut duk rindu2 kat dia smpai x ble tido..dah berapa kali kau ulang ayt ni..nak muntak hijau dah aku duk baca..pe kes dengan kau sebenarnya ni??pe tak kena sebenarnya??sapa pompuan tu..menyampah aku..nak muntah dah ni.."

dengan tiba- tiba..ada msg yg msuk inbox handphone aku..
Dia: sy teringat kat ARWAH IBU sy..

Allah..kali ni aku plak yg diam membisu seribu kata..lama jugak aku ambil masa nk reflect blik dengan kata-kata yg bru aku bce td..rse impulse dah tersekat kat afferent..lambat plak nk reflect..dah trlps cakap la plak..pe la yg aku duk fikir slma ni..rupa- rupa tak tidur malam teringat kat mak dia la..oppss ARWAH Mak dia..

Aku: ermm sorry tersalah kasar bahasa tdi..aku tak tau kau rindu kat arwah mak kau..so sorry..
Dia: takpa..saya dah biasa..
Aku: kau banyakkanlah sedekah al- fatihah and doa kat mak kau..Weh sorry sesgt, aku tak tau..tapi apa yang kau fikir smpai kau tak boleh nk tido mlm mcm ni??

Dia: tah bnyak sangat..kdang2 sy terfkir, mak sy bahagia ke kat sana?
Aku: kenapa plak kau fikir mak kau tak bahagia?insyallah dia bahagia kat sana..mak kau kan baik..aku kenal mak kau..dia baik sgt.insyallah dia bahagia kat sana..
Dia: tapi sy terfikir..bahagia ke dia kalau ada anak mcm sy??sy takut sy x cukup soleh untuk mendoakan untuk ibu sy kat sana? sy takut Allah tak pndng doa sy sebab sy bnyak buat dosa..

Aku kaku.terkesima..huh...ermmm...rasa macam pedas sgt2..rasa macam dah termakan seguni cili plak..

Dia: sy banyak buat silap, sy banyak buat dosa..sy takut ibu saya tak bahagia sebab ada anak mcm sy..
Aku: kenapa plak kau fikir mcm tu..kau baik apa..rajin hafal al- quran..baik la tu..insyallah Allah terima doa kau..bnyakknlah berdoa..insyallah..klu kau ikhlas takkan Allah nk tolak..

Dia: tapi kalau Allah tak terima doa sy sebab dosa yg sy buat selama ni. kesian kat ibu sy..mesti kubur dia gelap gelita..

dan agak lama untuk aku membalas balik msg dari dia..

dan...akhirnya..
Aku is offline...

Tiba- tiba rasa tangan ni dah terketar- ketar..aku terfikir, mcm mana dengan diri aku, berapa kali aku cuba mendoakna utk kedua- dua ibu bapa aku yg msih hidup. mcm mne agaknya dorang nanti time dorang dah tak de kat dalam dunia ni..cukup baik ke aku untuk doa aku diterima..cukup soleh ke aku untuk menjadi syafaat parents aku kelak..klu tiap- tiap malam asyik duk melepak, halau nyamuk dengan hasap rokok..ambil benda - benda haram macam tu, selalu je lawan cakap mak..mcm mne kalau benda tu terjadi kat aku??

Sesedap oren je aku cakap..yelah ble la ckp mcm ni..aku ade mak lagi..dia ..kesiannya aku rasa..Ya Allah alhmadulillah aku masih sempat lgi dengar suara mak aku hari ni..dan buat sekalian kali aku tak boleh tidur malam apabila teringatkan kata- kata sahabat aku dan lebih- lebih lagi aku terjumpa satu keratan hadis time aku duk sibuk melayan facebook sbntar td..

Nabi SAW pernah bersabda:
maksudnya:"Segala amalan anak adam yang telah meninggal dunia tidak akan diperhitungkan oleh Allah SWT kecuali tiga perkara iaitu:
sedekah jariah yang dibelanjakan di jalan Allah, ilmu yangn bermanfaat yang diajarkan dan ANAK -ANAK SOLEH MENDOAKAN kedua ibu bapanya"

Ya Allah...ampunkan aku..tanpa sedar air mata aku mengalir keluar laju macam air terjun..tanpa sedar malam tu tangan aku menghamparkan sejadah, dahi aku direndahkan ke lantai sujud mengadap illahi..lama aku tak sujud..lama ubun aku tak dibasahi dengan wudu'..dan malam ini aku tak boleh tidur..tanpa sedar bibir aku menuturkan doa buat ibu dan ayah..setelah sekian lama aku tak menyebut doa ini..

"wahai tuhanku ampunkanlah aku dan kedua - dua ibu bapakudan cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik aku semasa kecil.."

Dan al- fatihah buat ibu2 dan bapa2 yang telah lama meninggalkan dunia ini..semoga Allah merahmati kalian di sana...amin...buat anak- anak yg sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua- duanya sekali..bersabarlah dah be strong..bnyakkna berdoa tuk parents korang...Semoga Allah menerima doa kita..insyallah

Ma- i luv u so much
bak- i luv u more
Ma dan bak - i luv both of u more than ever...

Happy Mother's Day

DesiComments.com | Mother's Day | Forward this Picture

Thursday, April 21, 2011

Perempuan@Muslimah

Aku terkesima..tergamam..terpegum n terter yg sewaktu dengannya,tyme seorang ustaz memberikan ceramah kat sebuah majlis ilmu di Abou rysh..Nyata ceramah tu cukup - cukup bagi high kick kat aku..especially tyme ustaz tu sebut sal pompuan@perempuan@wanita not BETINA..(ooppss..agak kasar di situ)..
Macam mane korang dah abes dengar and renung balik kata - kata dalam video kat atas tu??hah kalau tak dengar mungkin sebab telinga tersumbat penuh dengan wax yg terlampau banyak tu sila tekan button reply sekali lagi and please concentrate to that video..

Pesanan Rasulullah buat wanita Islam..

Ni yg sempat aku catch up skit2 la point dalam video tu..
1) Nabi pesan kat kaum hawa ni supaya jangan pakai baju yang jarang - jarang

....jarang@transparent..hah..fesyen hari ni, bukan nak kata tapi dah terkata baju macam tu dah terlampau banyak kat pasaran..macam agak susah plak nak cari baju yang setebal winter coat tu skarang kat pasar - pasar malam ke or kat mane2 shopping mall la..Kalau korang nak tahu, dalam stucture heart kita Allah ada ciptakan satu lapisan serous membrane as known as pericardium. Korang tahu tak kenapa Allah ciptakan pericardium elok je surround kita punye heart?? for sure la untuk protection..cuba korang bayangkan apa akan jadi kat heart kita kalau membrane ni takde, for sure la korang takkan dapat hidup lama..
So pe kaitannya pericardium dengan baju jarang??Mak ai..heart tu pun pandai nak protect diri dia dengan adanya pericardium ni..manusia takkan tak pandai nak protect aurat sendiri,balut tubuh tu dengan baju yang tebal -tebal skit..Try to imagine korang pakai baju pun ala- ala tak pakai baju sama jugak la dengan keadaan heart which is not covered by pericardium..without any protection, of course korang akan tempah maut free je dengan menayangkan aurat korang secara tanpa sedar kat kaum adam tuh..ada faham??(mungkin explanation aku agak serabut tapi ni je analogi yang bek skit aku boleh bagi contoh tuk pesanan nabi kita yg first tu..

2) Point kedua pun sentuh sal aurat jugak..al-maknanya, betapa pentingnya aurat ni kena jaga..Aurat kan aib kita..takkan la sesedap oren je korang nak tunjuk apa yang sepatutnya orang lain tak patut tengok kat ajnabi korang kan?(faham ke?ntah aku pun pening). Tapi nak cakapnya kat sini cukup - cukuplah useless kalau korang dah try nak berubah pakai baju yang agak tebal akan tetapi baju tu plak ketat macam barut nangka..Tak ke sama keadaannya kalau korang naked?sama aje..cuma yang lainnya secara tersiratnya korang pakai baju kat luar, tapi secara tersuratnya korang tetap still menampakkna aurat korang dengan memakai baju ketat yang sepatutnya adik korang yang pakai baju tu..

"akhwat sekalian, ana lagi salute tengok akhwat yang pakai baju ala kotak peti ais tu dari kaum2 hawa yang pakai baju separuh pusat tu"..tetiba plak terlintas kata-kata ni kat kepala otak aku..Ni satu pesanan dari abang senior tyme aku hadiri satu ceramah agama around area Saiyeda Zainab..huh..hot kot..korang tengok, kaum2 adam ni pun rela tengok akhwat yang pakai baju besar ala - ala kotak peti ais tu dari baju yang sekadar boleh barut nangka tu..Ye la korang tak kasihan ke kat kaum2 adam ni terpaksa tempah dosa free je tanpa sengaja tertengok korang pakai baju yang ketat tuh..kasian kat dorang tak pasal - pasal dapat dosa atas sebab perbuatan orang lain..

3)Ketiga nabi pesan jangan duduk berdua - duaan dengan kaum ajnabi..Biasa lah kalau dah charge postive bertemu dengan charge negative, for sure akan ada force of attraction..memang hukum alam akan jadi macam tu..kalau korang tak percaya try buat experiment gune magnet bar tu..memang sure kutub positive akan tertarik ke arah kutub negative, dan sepanjang aku hidup belum pernah aku jumpa kutub positive meet with positive pole takkan berlaku repulsion..so memang tersangat logiklah Allah menyuruh hambanya menjauhi zina..Aku ulang Allah suruh kita MENJAUHI ZiNA bukan melakukan zina..kenapa Allah turunkan ayat menjauhi zina dan bukanlah melakukan zina?? Punyalah syumul Islam ni, prevention is better than cure, better late than never..menjauhi zina ala2 prevention la..banyak je bentuk macam mana korang nak menjauhi zina ni, salah satunya, stop from dating with your couple..contohnya duduk berdua- duaan macam ni..dah kalau benda yang membawa ke arah penzinaan korang dah prevent for sure la zina tu takkan berlaku kan??Insyallah..( satu input penting yang baru aku dapat dari kelas agama yang baru aku hadiri..berjalan dosa seseorang wanita itu selagi seseorang lelaki yang menyukainya itu tidak bertaubat..maksudnya selagi boyfriend korang tak bertaubat dari menyukai korang-x berkahwin- selagi tu la korang akan terus dapat dosa zina tu..)

4) The last point is memakai wangi - wangian..
Ermm yang ni pun kes agak berat dalam kalangan perempuan hari ni..Frankly to say. minyak wangi yang aku tahu ialah one drop je..tu pun kalau aku pakai pun tyme pergi kelas kalau tak sempat mandi(huhu)..oppss kat sini kes tak mandi pagi dah biasa..kalau terlebih mandi akan ada bad effect kat korang punye health in the future..ni in case di Egypt ye..boleh la diterima nak pakai wangi- wangian , tapi takda lah terover sampai sebatu pun dah boleh bau korang punye minyak wangi tu..Korang tak terfikir ke dengan menyembur minyak wangi hampir nak habis satu botol sehari tu boleh mengundang fitnah terhadap diri korang, ye lah kalau aku jadi lelaki, perempuan wangi jalan depan aku takkan la aku tak tertarik even seburuk mana pun wajah korang tuh..serba sedikit tergugat jugak iman si kaum adam tu..So secara tak sengaja korang dah menyebarkan dan membesar2kan lagi fitnah yg ada kat diri korang tu..tak pasal- pasal lagi si kaum adam tu dapat dosa free..kasihan kat dorang..

So, wahai makhluk ciptaan Allah yang digelar wanita@perempuan@gadis atau apa- apa sekalipun, tolonglah jaga diri dan aib korang.Islam dah pelihara kita dengan sebaik- baiknya dah, ye lah kalau tak de Islam,dan takde Rasulullah yang tolong sampaikan agama Allah ni kat kita, for sure kaum hawa memang takakn dapat hidup lama kat dunia ni, ye lah baru je lahir dah ditanam hidup- hidup, tapi dengan adanya Islam, wanita dipelihara dengan sebaik- baiknya..so kalau terjadi apa - apa kes yang meragut maruah korang jangan sesekali menyalahkan lelaki, tetapi salahkan diri korang terlebih dahulu, kerana fitnah yang ada pada diri kita ini menyebabkan diri kita sendiri yang binasa..

Ingatlah perempuan2 sekalian..
Mulianya kita kerana Agama,
Mahalnya kita kerana Ilmu,
Cantiknya kita kerana akhlak...
Dan itulah seindah- indah wanita yang solehah..

Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang buruk itu juga datangnya dari Allah, tetapi dari kelemahan aku sendiri..so sama2lah ambil renungan.kalau ada sebarang silap tentang post ni..sorry la..nobody perfects..

Thursday, March 31, 2011

THE DAY OF GEN X

Assalamualaikum w.t.b..

Entry kali ni pe nk citer..ntah blog ni takde la best sgt pun klu nk lawat..cipisan je,,ciput je kot..tapi ak ade citer tersendiri..len blog len storynya..

Penat de hari ni tapi hepi siot..

Welcoming Party

Tarikh : 31 Mac 2011
Tempat : Beet Helwan

Aturcara majlis
1. Ketibaan
2. Bacaan Yassin
2. Kata-Kata Aluan
Nur Shahida binti Zainal
Arifah binti Abd Aziz
Anis Zarina binti Zarini
4. Ice Breaking antara Gen X (akhawat)
Sesi berkenalan dengan ahli baru MOU
Sesi memperkenalkan diri sesama ahli MOU
5. Makan2
6. Prank
Hari Lahir saudari Shahamin binti Ramdzan, dan beberapa lagi ahli yang lahir dalam lingkungan waktu bulan 3 dan 4
7. Sesi Fotografi
8. Bersurai

'WELCOMING PARTY GEN X'..GempaK di lUar jangkaan!!!

ni batch akhwat GeN X...x muat satu rumah...
Alhamdulillah welcoming party for G2G students berjalan lancar..even ada msalah air yg sememangnya cukup2 mencuakkn tuan rumah(ak le tu) btw, alhamdulillah semua settle dengan smooth

ahli beet helwan yang mantop2..kecian kat korang kena kerja overtime skit yek..takpe asal semua bahagia n hepi sudaa cukup..sehati sejiwa..semua beruniform hitam..idea kat mane la korang kebas nih

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5590390778735305634" />

ni je yg sempat ak cupture..klu dah semua sibuk melantak..cuma sisa aje yg sempat diselamatkan...huhu

bukan setakat gathering satu batch, regathering MEG 6 skalih

jiran lama tak ketinggalan datang memeriahkan party ni gak..thanks datang yep..

amboi enon..sedap hang duk melantaq yep..nanti jgn lupa basuh pinggang skali..

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5590403784675080962" />

yg bertudung purple tu ketua batch Gen X..very dedicated one..cayalah Sidot!!

Background Cairo, Egypt, Syaqah 5, Beet Raqam Tamaniyah...Syari' helwan
Ni takda kije mempromote rumah la ni..pepehal pun entry kali ni tak bnyak ak berceloteh mahupun membebel kerana penat kot nk karang panjang2, siap2 hari bulan tangan ak pun boleh jdi spasm..
Akan tetapi, sorry sangat MIN kitaaorng dah buat dajal kat bday gurlz..(prank antara hidup dan mati), ak x smpat nk uploadkan vid, insyallah kalau ada kesempatan bolehlah korang tengok macam mana separuh mati Min kena prank..hehe...In all in, party kali memang marvelous..thanks for all of your cooperation, hope this ukhuwah never face the final destination..ukhuwah abadan..
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga ukhuwah kita semakin mantap dan berkekalan hingga ke syurga. Amin!
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥

GEN X..GEmpakKK

Tuesday, March 22, 2011

reostat or thermometer

Assalamualaikum w.t.b...
Lamanya blog ni x diupdate..yep tgk la sekeliling penuh dengan sawang. Ni mesti pemilik malas nak sapu..huhu..tapi bukan bermakna owner blog boleh dicopkan sebagai anak dara yang malas tapi mungkin terlampau sibuk dengan urusan seharian..

Yep..kenapa tiba- tiba tergerak hati si pemilik blog ni nak update blog yang dah terlampau usang ni??
of course la ada cerita best yang nak dikongsi..
moh la kita baca malas nak membebel panjang plak

PE KES POST KALI NI???

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Apakah ini..tetiba baru ada mood nak baca sudah ditanya soalan yang membelitkan kepala hotak..Isu apa plak kali ni??Alahai..si Damia..

SAYA NAK TRY BERUBAH
BERUBAH??
so pe susah change aje la..ape isunya??

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
Atau disebabkan faktor sekeliling..environment??
OOO...itu ke isunya..ermmmm

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.

Yang mana lebih aku kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik. Tapi baik yang macam mana??

Tetapi tidak dapat untuk dinafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.

Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

Yep..tetiba teringat satu kisah yang pernah diceritakan kepadaku:

Suatu hari di Syaqah 8, Syari' Abassyiah..

Si A:"Eh, hari tu kau balik Malaysia, tak terkejut ke orang Malaysia tengok kau dah berubah?

Si B:"terkejut?kenapa??"

Si A:"bapak ah kau..berani kau balik dengan tudung labuh besar kedabak macam tudung saji macam tu?

Si B senyap..hanya senyum je yang terukir indah di bibir.

Si B:"pe salah ke kalau aku nak berubah, kenapa? apasal kat sini je nak nak tutup litup semua tu, time balik Malaysia nak kena bukak semua."

Si A:"kau tak takut ke time kau balik nanti tak de orang nak kawan ngan kau..ye lah kau sekarang kan dah berubah jadi ustazah sejak datang Mesir..tudung dah labuh, baju dah besar,mane ada lagi baju adik, tudung mini kau dulu..ade ke orang pandang kau masa balik hari tu?"

SI B:"Alhamdulillah semua boleh terima perubahan aku. Kalau nak buat perubahan biarlah kerana Allah. tawakaltu alawah. Kalau niat baik, insyallah segalanya Allah permudahkn"

Si B:"tapi kau tak takut ke nanti kawan- kawan kau larikan diri dari kau,kalau kau ada pakwe mesti dah tak pandang kau lagi..sure siot dia cari orang lain. Kesian kat kau. Kalau aku 1000 kali fikir pun belum sanggup aku nak berubah secara mendadak.."

Si A:"kenapa plak macam tu?"

Si B:"Ye lah nanti mesti orang cakap, ala ni mesti dah terkena culture shock. Ye lah mentang - mentang study kat middle east,Mesir stock -stock budak zahar banyak kat sana balik kampung terus jadi ustazah, pakai tudung bukan main labuh, pakai kopiah bukan main putih,tapi sebenarnya bukan alim sangat pun, luar je lebih, dalam ermmm.."

Si A: "apa maksud kau?"

Si B: " ala macam aku cakap la, culture shock. Sebab kau di hantar kat Mesir kau balik pakai macam ni, cuba kalau kau dihantar study ke Us ke Uk ke, tempat mat salleh ramai yang duk bertendang, sure kau balik dah free hair sebab terikut dengan keadaan sekeliling. Tapi nasib kau baik Allah campakkan kau kat Mesir at least balik sejuk la jugak mata memandang"

Si A:" Kau silap..aku berubah bukan kerana keadaan sekeliling.Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri yang kau faham? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah."

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, mahupun keadaan sekeliling, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.

Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

Tiba - tiba aje teringat nak share satu artikel yang pernah aku terbaca..agak suit dengan situasi kat atas:

Manusia itu kita boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan termometer dan golongan reostat. Golongan itu dibahagikan mengikut sifat dan ciri-ciri yang ada pada radas itu. Satu pemanipulasi dan satu lagi dimanipulasi. Itulah hakikat manusia hari ini. Ada yang menjadi pemanipulasi atau pengubah keadaan seperti reostat, dan ada yang menjadi seperti termometer yang dimanipulasikan dan berubah mengikut keadaan. Jadi apa motivasi dari hakikat ini?

Kita mulakan dengan termometer dulu, sebab saya yakin, anda semua kenal sangat benda ini. Ala, kalau kita sakit, ibu kita atau doktor suruh nganga, letak dekat mulut untuk mengukur suhu badan kita. Oh, golongan termometer ni golongan selalu sakit ke? Bukan! Termometer dalam makmal fizik ke, yang kuning panjang, yang kita buat main kadang-kadang tu? Bukan jugak! Perkara yang saya nak ketengahkan ialah sifat termometer itu. Berubah ikut keadaan semasa, atau dalam kata lain dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling.

Kalau kita perhatikan dunia hari ini, memang terdapat banyak golongan termometer ini. Disebabkan kurang keyakinan dalam diri, atau malu, atau rendah diri, mereka lebih suka ikut sahaja orang di sekeliling mereka. Mereka takut untuk membuat keputusan sendiri, kerana mereka menjangkakan apa-apa yang mereka buat akan dicemuh dan dibangkang orang. Jadi mereka takut untuk mengambil langkah permulaan, sebaliknya lebih suka mengikut apa-apa yang orang dah buat.

Ada pepatah Melayu berbunyi "rambut sama hitam, hati lain-lain" dan pepatah Inggeris yang berbunyi "it's take all sort to make the world". Pepatah ini sengaja dipetik, kerana pepatah ini memberi maksud, setiap orang adalah tidak sama. Walaupun sepasang kembar dilahirkan dengan rupa dan suara yang sama sekalipun, mereka tetap berbeza. Begitu juga, anda dengan kawan anda. Anda dengan dia adalah berbeza. Mengapa harus, anda ikut cara dia. Mungkin dia boleh berjaya dalam bidang perakaunan itu, tapi bolehkah anda? Bukan bermaksud hendak merendahkan diri sesiapa, tetapi berfikirlah sejenak, kekuatan setiap orang tidak sama. Ada orang cenderung ke arah sains, ada yang cenderung ke arah kira-kira dan lain-lain.

Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup ni, kita minat pertanian. Bila beritahu ibu bapa kita, ibu bapa kata bidang itu, tidak ada masa depan. Seraya berkata "Pernah ke dalam keluarga ni ada orang berjaya dalam bidang ini?" Justeru menyebabkan kita tidak yakin, malu dengan keputusan kita itu. Maka datanglah penyakit termometer dalam diri kita. Kita berubah ikut keadaan semasa, tanpa kerelaan hati. Kalau masa itu, trend mengambil profesion perguruan yang paling terjamin dan popular, maka kita pun terikut-ikut mengambil profesion itu. Terseksalah kita andai profesion itu tidak kena dan tidak serasi dengan kita. Hal ini berlaku kerana kita menjadi golongan termometer.

Kita mengikut keadaan di sekeliling kita. Kita dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling, sehinggalah apabila kita tersedar suatu hari nanti, kita sudah tersesat dari landasan asal. Untuk maju kehadapan dan mencipta kejayaan, seseorang itu hendaklah memacu kejayaan mengikut acuannya sendiri. Setiap orang tidak dilahirkan untuk menjadi pandai. Mungkin kepandaian itu Allah telah pindahkan kepada kemahiran yang lain. Kita lihat contoh Dato' Jimmy Choo. Kalau diteliti latar belakangnya, ternyata pencapaian akademiknya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi beliau tidak menjadi termometer. Beliau cuba menongkah arus semasa, dengan menceburi bidang pembuatan kasut. Sesuatu yang asing pada masa itu, dan lihatlah bagaimana dia berjaya.

Kenali potensi diri. Cuba duduk sejenak, kenal dengan diri anda sendiri. Lihat apa kecenderungan anda? Membuat sesuatu yang anda minati dan mahir adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja kerana terikut-ikut dengan orang lain. Perubahan paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam dan dekat dengan diri, minat anda kerana itu kekal, perubahan paling buruk ialah perubahan luaran kerana itu lakonan. Fikirkanlah, kalau anda sekadar menjadi termometer, mengikut keadaan sekeliling sahaja tanpa kerelaan, dan tanpa pengetahuan mendalam tentangnya, sudah tentu anda sedang menganbil jalan yang sukar. Di dalam Al-Quran sendiri ada ditegaskan supaya jangan mengikuti sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Allah pernah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 36: Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Lihatlah cara Islam itu sendiri disebarkan. Tiada paksaan dikenakan. Misalnya ketika Salahudin Al-Ayubi berjaya menakluki Kota Jerusalem, penduduk Kristian tidak dipaksa memeluk Islam, walaupun majoriti ketika itu beragama Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak mahu penganutnya terdiri daripada golongan termometer iaitu golongan yang memeluk Islam kerana keadaan semasa. Apabila keadaan yang sedia ada berubah, keimanan itu juga turut berubah bersama. Islam amat menekankan kesedaran dan minat yang mendalam di dalam hati, dan sebagai umat Islam kita haruslah membuang sikap atau ciri-ciri termometer itu.

Beranilah untuk membuat keputusan sendiri. Berani mengambil tanggungjawab dan membuat sesuatu perkara sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepada sesuatu melainkan Allah. Jikalau selama ini kita selalu bergantung kepada ibu bapa untuk membuat keputusan, ingatlah kematian akan menjemput mereka suatu hari nanti. Begitu juga dengan mengharapkan kawan, isteri atau guru. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Disaat kita hilang pergantungan akan hilang arahlah diri kita. Tidak tentu hala dan tenteram.

Disinilah perlunya menjadi golongan reostat, iaitu golongan yang yang mengubah keadaan dan memanipulasikan keadaan. Kita yang tentukan apa-apa kita hendak kita perlu buat. Keadaan sekeliling diambil kira juga, tapi kita berpijak diatas keputusan sendiri dan memulakan langkah pertama, bukannya mengikut orang lain.

Allah menegaskan perkara ini dalam Al Quran dalam surah Ar-Raad ayat 21 yang bermaksud: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Jelasnya dalam firman diatas Allah menyuruh kita berusaha sendiri mengubah nasib kita. Kita harus mengubah keadaan, harus berani menongkah arus. Bukannya mengikut-mengikut keadaan sekeliling dan berharap keapada orang lain. Berpegang kepada ayat inilah, umat Islam mencapai kegemilangannya sekitar abad ke-14. Jikalau umat Islam pada waktu itu, menjadi golongan termometer, golongan yang mengikut keadaan semasa, sudah tentulah dunia akan hancur. Bayangkanlah, bagaimana Eropah dilanda zaman gelap kerana tentera salib membakar buku-buku ilmu, dan perpustakaan di Iskandariah atas nama gereja. Jikalau umat Islam turut mengikut perkara itu, bagaimana agaknya kesudahannya.

Fikirkanlah. Syukur Islam berjaya menjadi reostat. Islam telah mengubah keadaan semasa, malahan telah mencetuskan zaman renaissance yang bermula di Itali. Lihatlah bagaimana berbeza reostat dan termometer itu. Jadilah orang yang mengubah keadaan. Beranilah untuk berimpian dan mempunyai wawasan.

Saya faham, sekiranya kita berasa tidak yakin dengan diri kita. Tidak apa, kerana itu adalah fitrah, tapi terpulang kepada kita untuk berusaha keras. Sudah menjadi fitrah manusia itu dilahirkan bersama-sama dengan kekurangan tetapi kita diberikan kudrat untuk menutup kekurangan itu. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga kejayaan. Tidak apa jikalau pada permulaannya anda lemah dan selalu kalah, tapi masa yang berlalu akan mematangkan anda. Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

Mari kita sama-sama berusaha dan melangkah mengorak kejayaan di dunia dan di akhirat. Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun, yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat. Setiap kejaan bermula dengan langkah yang pertama. Usahakanlah yang pertama itu sebaik dan secepat mungkin. Semoga perubahan positif ke arah kebaikan itu datang dari naluri, insyallah tersemat di hati dan semoga sebati dalam diri.

Salam Muhasabah..renungkan dan selamat beramal

Thursday, December 16, 2010

Puisi Sahabat UTP

Ku merenung ke luar jendela
Memerhati langit nan biru
Luasnya tiada sempadan, tidak berpancang
Kicau sang burung memecah kesunyian
Riangnya menongkah awanan putih
Gerimis petang berderai
Semilir menyapa, lembut mengusap jiwa
nikmat yang nyata
Tenang sekali hatiku melihat keindahan alam ciptaan tuhan

Mataku bergenang
Mengenang saat indah itu
Hatiku berbunga
membayangkan wajah insan yang amat ku sayangi
yang dulunya sering berada di sampingku
Tersemat kukuh di hati
Tak lekang dek jarak yang memisahkan
Tak pudar dek masa yang berlalu

Manik manik halus berderai
Ingin sekali kunyatakan apa di hati
Cintaku pada mereka
Sayangku pada mereka
tak terungkap oleh kata-kata
ingin ku ulang masa itu jika ku berdaya
namun ku insan yang tak punya apa
ketentuan tuhan ku terima seadanya

kini mereka sudah tiada
disisiku tatkala ku perlukan mereka
rinduku ingin bersua insan insan ini
melihat wajah wajah tenang mereka
senyuman indah terlakar
ikhlas terpancar dari renung mata

wahai sahabat
ingatkah dikau saat saat bermakna itu
Bumi SMKATJ menyaksikan segala
kita ke kantin , koperasi bersama
pabila waktu rehat bermula
melihat gelagat kakak2 kantin melayan karenah kita semua
wahai teman
ingatkah dikau saat kita berjalan beriringan
ke makmal bio, fizik dan kimia
meneruskan perjuangan
impian menggunung, ingin berjaya
dipandu guru yang kupuja

terkadang aku lelah
mengejar impian yang ku damba
namun bila bersama dikau sahabat
semangatku kembali menebal
keringat ku kerah
mendengar cerita cerita dikau
lenaku dalam nyata
menghapus duka

Tiap ketika kita mendengar ustaz ustazah berbicara
Ketika di bangku sekolah tercinta
Sekolah Mengah Kebangsaan Agama Tok Jiring
Berhikmah, meresap ke dalam jiwa
Betapa ku rindukan suara suara itu
Melontarkan kata kata nasihat, ajaran yang terlalu bernilai

Ya Allah, ku rindukan bahasa syurga itu
Mendengar ustazah berbicara, tersusun indah
Di atas kerusi kayu 5Al-Ikhlas
Asyik mendengar ustazah menerangkan keindahannya
Sungguh, ia istimewa

wahai sahabat
ku rindukan suasana dini itu
ku rindukan saat kita berkumpul bersama
di Dataran Fikrah
mengalunkan nama nama yang Maha Esa
selawat ke atas junjungan mulia
di pagi bening, bergema bumi wakaf itu
kita bersama sama membuka lembaran murni
membaca ayat ayat suci, menutur kalimah Yang Kabir
tenang sekali jiwaku mendengar alunan wahyu

wahai sahabat tercinta
jiwaku bergelora
mengenang saat kita berhimpun di Dewan Abbas
mendengar ceramah ceramah bermakna
aku terjaga dari lamunan
mendengar dikau bermadah pujangga
dikau terleka daku sedarkan
kita bergelak ketawa, riang, gembira
sungguh indah saat itu
tidak, hatiku menjerit ingin kembali bersamamu sahabat

sahabat
sekarang ,di ketika ini
ku sedar kita tak mungkin lagi mampu berkumpul bersama
seperti zaman yang telah berlalu itu
kini kita semua sudah berjaya
syukur padaYang Maha Esa
memberikan nimat yang tak terhingga
kau di sana
seluruh pelusuk negara kita bertebaran
kau di sana
merantau jauh di perantauan
meniti jejak langkah mereka yang telah berjaya

ingatlah wahai teman
walau dimana dikau berada
ku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu
semoga rahmat Yang Rahim merangkulmu
di saat kasihku tidak sampai kepadamu
moga perhatian Yang Basir
sentiasa bersamamu
di saat diriku alpa mengingatimu

sahabatku
ku bangga dengan mu
terus gah meneruskan perjuangan yang tiada sudahnya
menuntut ilmu matlamat yang jitu
niat terlindung hanya demi Yang Satu
moga dapat meninggikan martabat agama tercinta
moga dapat menabur bakti kepada jagat manusia

sahabat,
namun hatiku jua menangis
tak ingin ku pujuk ia
biarkan ia terus merintih, melirih
tatkala mataku ‘melihat’ dikau di alam maya

temanku,
kita di zaman remaja
datang perasaan itu
ku tahu kau mengerti apakah ia
ku tak menafikan kewujudannya
kerna itu lumrah kita manusia
muda remaja
perasaan yang mengundang sengsara
andai tak dikawal dengan iman dan takwa

ku bukan siapa
untuk menuturkan kata kata
namun aku sahabatmu
kasihku padamu terlalu tinggi nilainya
tak ingin ku lihat engkau beralih arah
dari cinta yag Esa

aku sedar
diriku ini amat lemah
aku juga takut
takut kalah dek perasaan itu
namun selagi terdaya
biarlah maruah diri dipertahankan
walau dipandang serong, dituduh sempit fikiran
kerna ku tahu
dan aku yakin kau juga tahu
kita wanita
diciptakan Allah sebagai harta yang teristimewa
di muka bumi yang ramai penghuninya
ingatlah kata kata Rasulullah
harta yang paling mulia adalah wanita solehah
inginku menjadi harta itu
impianku untuk melihat dirimu menjadi harta itu
setinggi harapan yang kusematkan untuk diriku

sahabat yang kusayangi
janganlah kita mudah diperdaya
oleh kata kata si dia
yang mengukir kata kata berbunga
usah kalah dek pujuk rayu yang menggoda
kerana ku tahu
kita semua kuat untuk menahan semua itu

ya, kita perlukan cinta si dia
melengkapi hidup yang beronak liku
melusuri sungai sungai derita bersama
menjadi teman setia tatkla kita rebah
menutur kata kata manis yang indah
melentur jiwa murni yang tulus
menyambut kasih nan mulus
pelindung diri tika dianiaya
penyelamat dari ancaman durjana

temanku
siapakah si dia itu?
Ingatlah sahabat, semua keindahan yang dimiliki
bukanlah untuk tontanan mereka yang bukan mahram kita
bukan lelaki ajnabi yang perlu menikmati kelembutan itu
yang suci, indah, murni
diciptakan oleh illahi

ku mohon dari yang Esa
agar kita diberi ketabahan
jangan sekali gundah andai tak mendapat cinta manusia
kerna cinta yang Esa terlalu indah
terlalu tinggi nilainya dibandingkan dengan cinta si dia
ku pohon kepadaNya
janganlah kita leka mengejar cinta manusia
walau cinta yang Esa masih terpelihara

sahabatku
ku berdoa agar dikukuhkan jati diri kita
tak mudah hanyut dek arus dunia remaja
gejala sosial berleluasa
menyakitkan mata yang memandang
perlakuan hina bangga dipamerkan
membingitkan telinga dengan lolongan hiburan
hilang seri dunia andai diri dikuasa
oleh anasir anasir durjan

wahai sahabat sekalian
ku pohon
bangkitkan diriku andai ku terleka
dalam gelap malam
buta dalam percikan cahaya bulan dan bintang
walau ia sebenarnya gilang gemilang

aku bukan siapa wahai teman
takut apa yang dikata turut aku lakukan
namun aku berusaha sedaya
memohon dari Yang Esa agar dipelihara
dan ku ingin kau turut bersama
ku sayangkan dirimu wahai sahabat
terlalu tinggi cintaku padamu
Ku ingin kau tahu itu

Khatar kheerak buat sahabta yang telah bersusah payah mengutuskan puisi yang cukup berharga ini untuk renungan bersama. Untuk kesedaran diri dari terus terleka dengan dunia ciptaan manusia..Terima kasih kepada sahabat aku yang tidak putus doanya untuk perubahan bersama..

Aku ada sediakan satu video sebagai tanda buah tangan dan tanda pengahargaan buat sahabat ini dan sahabat yang pernah menjalinkan ikatan ukhuwah selama aku mengenali kalian. Semoga kalian sentiasa berada di bawah redha yang Maha Esa. Semoga Allah menggrahmati kalian semua.. Syukran ala kulli hal..Kulli sanah wa entum toyyibin..Insyallah..all da best to all..

Miss u all big times..

Friday, October 8, 2010

Pesanan Buat Hati

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi debu - debu pasir sejak subuh tadi. Bumi anbiyaa' ini direnungnya. Subhanallah hampir tiga miggu dia di sini..siapa sangka impiannya untuk menjadi seorang doktor muslimah hampir menjadi realiti sejak dia diterima menjejakkan kaki di ardul khinanah ini.

Musim sejuk mula mengcengkam segala urat saraf.Walaupun salji tidak pernah turun namun dingin itu tetap terasa mencucuk jalur badan itu. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak sehingga sejauh ini. Masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.

"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. Usai duduk, dia mencapai buku histologinya. Otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. Seketika, dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya.

Sedang tangan ligat menulis introduction of histolog dan characteristic of tissues pada kertas kajang, azan Zohor berkumandang dari masjid berdekatan. Sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu yang jauh.

Habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah (tidur sebentar sebelum waktu Zohor) katanya.

"Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

'Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang? Berdosanya aku mengabaikan-Mu.'

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. Tanpa disedari, bibirnya mengeluh. Cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang masih terpejam, Insyirah masih bermonolog.

'Tu la syirah, kenapa tak jaga pandangan tu..'

"Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

"Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu, daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

"Parah ni. Tiga kali panggil tak berjawab."

Lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. Bahu rakannya itu disentuh lembut. Mata Insyirah terbuka. Memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.

"Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam?" Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. Tangan yang dibahu, dibawa ke jari-jemari Insyirah pula. Digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

"Susahlah ukhti nak jaga hati ni. Tak terdaya rasanya" Insyirah meluahkan.

"Ukhti, Ukhti... memanglah susah ukhti nak jaga hati ni. Siapa kata senang? Sebab itu kita kena ada banteng kita sendiri. Ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin? Ingat tak apa ustaz tu cakap. Err...apa nama ustaz tu? Aa Allah...ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

Terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul" yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universiti Al -Azhar. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak-kakak Fakulti Kotemporari Islam(FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

"Ukhti ni... Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

"Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ni?"

Insyirah menghela nafas panjang. "Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

"Jangan pernah redha dengan maksiat?" Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.
"Lagi?"
"Tak bersungguh nak berubah?"
"Lagi?" Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.
"La...enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

"Sakitlah ukhti."Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.
"Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

"Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah (jadual muhasabah ibadah) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ni. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti?"

Insyirah mengangguk. Mengiakan. Seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

"Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

"Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan?"

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

"Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalam surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

"Asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermujahadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. Kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

"Dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ni. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah dai'e! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid (perbaharui) niat dan kawal pandangan."

"Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul," Insyirah akhirnya bersuara.

"Astaghfirullahal'azim Syirah..jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin tu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para dai'e di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

"Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hamba-Nya akan sentiasa diuji. Dan ujian setiap orang itu berlainan."

"Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati..tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah,kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang Mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah SWT)?

"Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin?" Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

"Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaAllah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ni ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

Sungguh, Allah itu ada di sisi hamba-Nya.

Sifat pengampun-Nya mendahului kemurkaan-Nya.

"Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

Dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri. Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

Dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

Terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

Dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

Dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syira, syira..tidakkah kau nampak semua itu?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah swt. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib redha dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

Apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.

Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya menghadapi pertarungan ini. Juga mebimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibir diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titisan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah.

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istighfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah

Pesana buat diriku:
Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah...

Biarkan Allah yang mengatur segala...
Semuanya akan baik-baik saja...
Semua Akan Indah Pada Waktunya...